Putera Turki yang ditahan kerajaan Arab Saudi dikatakan “penderma” berbilion ringgit kepada Perdana Menteri Najib Razak. – Foto ArabNews

KUALA LUMPUR 6 Nov – Putera Turki bin Abdullah, pengasas Petrosaudi, syarikat yang terlibat dalam dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah antara 11 putera kerabat diraja Arab Saudi yang ditangkap dalam kes rasuah Sabtu lalu.

Bakal Raja Arab Saudi dilihat mengukuhkan pegangannya terhadap tampuk kuasa melalui badan antirasuah dengan menangkap kerabat diraja, menteri dan pelabur.

Turut menjadi mangsa adalah jutawan Alwaleed Talal, salah seorang ahli perniagaan terkemuka.

Putera Alwaleed, anak saudara raja dan pemilik syarikat pelaburan Kingdom Holding, melabur dalam syarikat-syarikat seperti Citigroup dan Twitter.

Beliau antara 11 putera, empat menteri, dan berpuluh-puluh bekas menteri yang ditangkap, menurut maklumat tiga pegawai kanan kerajaan kepada Reuters semalam.

Bekas gabenor Riyadh Putera Turki Abdullah, anak ketujuh Raja Abdullah Abdulaziz, yang memerintah Arab Saudi daripada 2005 hingga kematiannya sepuluh tahun selepas itu antara yang ditahan.

Putera Turki, pengasas bersama syarikat minyak PetroSaudi yang mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB.

Reuters melaporkan beliau dipercayai individu penderma wang berbilion ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berita berkaitan tindakan keras itu terbit selepas Raja Salman memerintahkan penubuhan badan antirasuah yang dipengerusikan oleh Putera Mahkota Mohammed Salman, 32, yang sedang mencipta nama dalam politik negara itu.

KLIK BACAPutera Turki berkait 1MDB dan Jho Low ditahan. Apakah skandal akan terbongkar di Arab Saudi?

KLIK BACA: 5 kejayaan Najib yang wajib disebarkan ahli Umno dengan bangganya

KLIK BACA: Clare dedah dakwaan kemewahan pemimpin PAS di mahkamah London

KLIK BACANajib serah saja jawatan Perdana Menteri kepada Timbalan kalau dah tak tahan cabaran…

KLIK BACA: Dr Mahathir: What fake news? I had no Jho Low or Riza Aziz

KLIK BACA: Hadi pula akhirnya bawa Najib ke mahkamah?