Kumpulan Search pada majlis pelancaran album Katharsis menyanyikan lagu ‘Sidang Kangaroo’. – Foto The Malaysian Insight

KUALA LUMPUR 6 Nov: Search memberi bayangan Katharsis yang juga album ke-12 mereka sebagai naskhah studio terakhir yang mungkin dihasilkan kumpulan berkenaan.

Vokalisnya, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, berkata mereka sudah berusia melepasi garis 50-an.

“Album ini pun menunggu 11 tahun untuk dihasilkan. Jika ditanya, saya sendiri tiada jawapan bila album seterusnya akan dibuat. Mungkin ini yang terakhir daripada Search.

“Hakikatnya, banyak faktor perlu diambil kira sebelum menghasilkan produk studio baharu. Jika ada pun ‘material’ dan wang, kena lihat pula usia kami. Saya sendiri akan mencecah usia 60 tahun pada tahun depan.

“Pada masa sama, jika kumpulan atau penyanyi lain mungkin hanya ada beberapa lagu hits, Search lebih bertuah kerana mempunyai seleksi lagu popular yang banyak dan terus menjadi siulan pendengar termasuk generasi muda,” katanya selepas pelancaran album Katharsis, di sini lapor BHOnline.

Turut hadir, anggota Search lain, Nasir (bes), Din (gitar), Kid (gitar); penerbit album, Datuk M Nasir dan Presiden Pawana Music, Datuk Ahmad Zaharul Annuar yang menjadi tulang belakang penerbitan naskhah terbabit.

“Kami mengambil masa paling lama iaitu 700 jam bagi menyiapkan album ini, sekali gus ia mencatat sejarah sebagai produk studio paling lama untuk disiapkan sepanjang kerjaya kami.

“Proses pengumpulan bahan bermula bulan puasa lalu dan dijangka selesai rakaman minggu ini. Jika tiada aral, akhir bulan ini ia siap sepenuhnya. Ketika masuk studio, memang kami tiada idea tetapi dengan bantuan M Nasir, ia terus berkembang.

” Katharsis seperti garapan album gemilang kami yang lalu apabila sarat elemen dan bunyi yang lebih berkualiti.

“Seperti kata M Nasir, Katharsis sarat roh rock yang kental,” katanya.

Selain M Nasir, Search turut bekerjasama dengan beberapa komposer dan penulis lirik prolifik yang pernah menjayakan album terdahulu seperti S Amin Shahab, Usop dan Buddi Hekayat.

Pada masa sama, Amy enggan mengulas atau membalas kenyataan Yazit yang sebelum ini enggan dipanggil sebagai bekas anggota Search.

Bersempena penerbitan album baharu, Search bakal beraksi di Konsert Gegaran! anjuran Dcode Dunia Juara bersama Bunkface, Hujan, Oh! Chentaku dan band Indonesia, Nidji, di Tapak Bazarena, Shah Alam, Selangor, pada 2 Disember depan.

KLIK BACA: Muhyiddin – Najib tak patut sebut ‘Kepala bapak kau’ sebagai PM

KLIK BACANajib serah saja jawatan Perdana Menteri kepada Timbalan kalau dah tak tahan cabaran…

KLIK BACA:  Johari Abdul cabar Husni ulang dakwaan anak buahnya Hairani Nafiz diliwat Anwar Ibrahim.

KLIK VIDEO: Mental Najib tak stabil sebut Kepala Bapak Kau, kata Zahid

KLIK BACA: Apa sudah jadi Perdana Menteri Najib, ‘Kepala Bapak Kau’ bahasa Mat Rempit?

KLIK BACA: Dr Mahathir: What fake news? I had no Jho Low or Riza Aziz

KLIK BACA: Hadi pula akhirnya bawa Najib ke mahkamah?