Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dicabar Datuk Johari Abdul kemukakan bukti anak saudaranya telah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Foto FMT

PARLIMEN 6 Nov – Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul mencabar bekas menteri kewangan II Husni Hanadzlah mengulangi dakwaan beliau di luar Dewan Rakyat mengenai anak buahnya diliwat Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata, sekiranya benar anak buah Husni diliwat, anak buah Husni itu perlu membuat laporan polis dan bukan hanya berdiam diri.

“Saya cabar dia, Tambun (Husni) kamu buat statement di luar Dewan Rakyat bahawa anak saudara bernama Hairani Nafiz diliwat Anwar Ibrahim.

“Saya juga mengajak kawan-kawan kita buat laporan qazaf kalau dia tak boleh buktikan yang Anwar liwat Hairani Nafiz. Kita akan ambil tindakan terhadap dia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini lapor The Malaysian Insight.

Rabu lalu, ketika berhujah di dalam Dewan Rakyat, Husni mengkritik bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin dan memberitahu punca beliau tidak lagi mengikuti perjuangan Anwar.

“Anda kenal siapa Dr Mahathir? Saya tahu. Saya Menteri Kewangan II. Saya tahu apa yang berlaku masa beli Pos Malaysia, di Perwaja. Saya tahu. Anda tahu siapa Muhyiddin. Anda tidak tahu, tetapi saya tahu. Anda tahu siapa Anwar Ibrahim? Saya orang Anwar Ibrahim, saya tinggalkan dia.

“Selepas dia berhenti jadi timbalan perdana menteri, saya bantu dia, pergi ke Bukit Damansara. Bila dia terlibat dengan liwat. Dia terlibat dengan anak buah saya. Kami semua menangis, saya pergi ke Jordan,” kata Husni.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani itu, tidak wajar Husni mengeluarkan kenyataan berunsur negatif dan menyentuh hal keperibadian seseorang itu lebih-lebih di Dewan Rakyat, meskipun mempunyai pendirian berbeza dalam politik.

“Dewan ini berbicara tentang rakyat. Ini (liwat) benda-benda peribadi. Ini (cerita liwat) sembang kat kedai kopi di luar. Bukan tempatnya di sini,” katanya.

Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ahli Parlimen tidak boleh dikenakan sebarang tindakan di mahkamah berkenaan dengan apa-apa undi yang diberikan semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana-mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya.

Tambahnya, adalah sesuatu yang tidak adil apabila kata-kata sedemikian dikeluarkan, sementara Anwar pula tidak dapat mempertahankan dirinya kerana terpaksa meringkuk di penjara selama lima tahun.

“Pada minggu lepas dia (Husni) buat pusingan-U sokong Pekan (Perdana Menteri Najib Razak), sokong Kerajaan Persekutuan. Itu tidak mengapa, biasalah sebagai ahli Parlimen.

“Tetapi dia mengeluarkan kata kesat terhadap bekas perdana menteri, Dr Mahathir dan juga bekas timbalan perdana menteri, Muhyiddin dan Anwar Ibrahim.

“Kalau nak buat pusingan-U, sokong perdana menteri, sokonglah. Tetapi hendak dapatkan kedudukan balik dengan menghentam kawan-kawan ini suatu yang tidak manis,” katanya.

KLIK BACA: Muhyiddin – Najib tak patut sebut ‘Kepala bapak kau’ sebagai PM

KLIK BACANajib serah saja jawatan Perdana Menteri kepada Timbalan kalau dah tak tahan cabaran…

KLIK BACA: Apa sudah jadi Perdana Menteri Najib, ‘Kepala Bapak Kau’ bahasa Mat Rempit?

KLIK BACA: Dr Mahathir: What fake news? I had no Jho Low or Riza Aziz

KLIK BACA: Sekali lagi Tun Mahathir cabar Najib bersemuka debat Nothing to Hide 3

KLIK BACA: Hadi pula akhirnya bawa Najib ke mahkamah?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE