Najib Razak menjelaskan pelaburan KWSP di AS serta bayangan keuntungan kepada pasukan tentera siber Umno di Konvesyen Media Sosial Umno di PWTC.

KUALA LUMPUR 4 Nov – Perdana Menteri Najib Razak mengulang semula hujah kenapa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad melabur di AS.

“Kita datang ke AS untuk tunjuk kepada Donald Trump kita datang bukan untuk minta sedekah tapi kita datang sebagai sebuah negara yang berjaya sampai boleh buat pelaburan di luar negara.

“Negara lain datang minta pinjaman tapi kita datang beritahu pada Trump kita berjaya sebab perjuangan Umno selama ini,” katanya ketika berucap di Konvesyen Media Sosial Umno di PWTC semalam lapor The Malaysian Insight.

Dalam lawatannya ke White House 13 September lepas, beliau telah berkata kepada pemberita bahawa KWSP dan Khazanah akan mengembangkan pelaburannya di AS, selain lebih banyak kapal terbang Boeing akan dibeli untuk mengukuhkan ekonomi AS.

KWSP dijangka melabur antara USD3 bilion dan USD4 bilion (RM13 bilion dan RM17 bilion).

Tambah beliau, kerajaan juga tidak akan mengambil risiko untuk membuat pelaburan wang KWSP dalam negara sahaja dan berdepan masalah jika ia mengalami kerugian.

“Bila untung kita akan bawa balik dan tambah dividen. KWSP ada RM780 bilion dana. Takkan semua nak labur dalam negara.

“Kalau jatuh saham, siapa yang akan rugi, rakyat Malaysia akan rugi. Jadi kita ada dasar pelbagaikan sumber.

“Pelaburan bukan di AS sahaja, tapi negara lain juga, kalau satu pasaran jatuh yang lain boleh beri pulangan.”

Selain itu perdana menteri itu juga dilihat sekali lagi menafikan lawatannya ke AS merupakan lawatan yang berbayar.

Nota Ana Ghoib: Najib lupa sebab begitu terdesak mengambil hati Trump barangkali iaitu fakta bahawa pelaburan Proton era Mahathir di Iraq terbantut kerana perang Teluk melibatkan AS.

Kini AS bergeser dengan Korea Utara dan semestinya ancaman berterusan ISIS justeru merisikokan wang KWSP namun seperti 1MDB janji-janji bulan bintang Najib tetap dipercayai mereka yang cetek pengetahuan di kalangan tentera siber upahan Umno.

KLIK BACA: Tun Mahathir cadang tubuh satu lagi 1MDB

KLIK BACA: Najib disaran BERANI jawab pembelaan Clare dengan jadi ‘pencelah’ saman PAS-Sarawak Report

KLIK BACA: Mahathir tegas menentang kerana alasan yang kita semua tahu – Brig Jen Arshad Raji

KLIK BACA: Surat terbuka Syed Saddiq penjelasan kepada Sultan isu Najib Bugis

KLIK BACAHancur luluh hati Tun Razak kalau masih hidup hari ini, titah Sultan Nazrin

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir gesa Hadi Awang taubat

KLIK BACA: Najib tak suka kacau orang penyabar tak macam Mahathir, kata Annuar Musa

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share