Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa sejak beliau aktif melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, banyak pihak yang berminat melihat beliau dipakaikan pakaian lokap. – Foto EPA

PUTRAJAYA 4 Nov – Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir berkata langkah beberapa pihak yang mahu beliau disiasat merupakakan langkah ke arah itu.

“Sejak saya aktif melawan Najib ini, ramai orang yang berminat supaya saya diberi pakaian oren dengan lain perkataan lokap.

“Jadi ini satu langkah lagi lah ke arah itu. Kalau polis buat siasatan, saya mungkin kena pakai kuning itu dan puas hati lah ramai orang,” katanya menerusi video di Facebook rasmi PPBM hari ini lapor FMT.

Terdahulu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan polis akan menyiasat bekas perdana menteri itu yang menyentuh mengenai keturunan Bugis pada 14 Oktober lalu.

Bekas perdana menteri itu menafikan beliau berniat menghina seluruh keturunan Bugis.

“Orang Bugis tak semua lanun, raja kita pun ada keturunan Bugis juga, saya tak kata raja kita lanun. Yang saya kata orang lain yang jadi lanun,” katanya dalam rakaman video satu ceramah Jelajah Semarak PPBM yang diadakan di Kemaman, Terengganu 18 Oktober lalu.

Peguam Dr Mahathir, Hanif Khatri Abdulla berkata anak guamnya akan memberi kerjasama kepada polis. Beliau menambah pengerusi Pakatan Harapan itu pernah disoal siasat polis 4 kali tahun lalu, dan membantu pasukan penyiasat seperti yang dikehendaki undang-undang.

“Dia bersedia disoal siasat oleh penyiasat tanpa berkrompomi haknya untuk menjelaskan kepada mahkamah sekiranya ada pendakwaan,” kata Hanif kepada FMT.

Malaysiakini melaporkan Mahathir pada ucapannya di sebuah himpunan lain di Alor Setar, pada 20 Oktober lalu, menafikan bahawa beliau menghina keseluruhan keturunan Bugis.

Bercakap di hadapan 2,000 penyokongnya, beliau berkata kenyataan yang dibuatnya hanya merujuk kepada “perompak yang mencuri wang rakyat”.

“Saya tak hina orang Bugis, orang Bugis ada yang baik, tapi penyangak pun ada juga….

“Salah ke (cakap begitu)? Takkan orang Bugis nak kata kalangan orang Bugis tak ada penyangak, ada,” kata Mahathir.

Beliau pada ucapan asalnya itu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya balik ke Sulawesi, tempat asal bagi mereka yang berketurunan Bugis, termasuk presiden Umno itu.

Antara kenyatannya itu berbunyi: “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis.”

Himpunan “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” itu diadakan bagi memberi penerangan mengenai skandal kewangan 1MDB dan kesannya kepada rakyat Malaysia.

1MDB yang adalah cetusan ilham Najib. Ia kini menjadi siasatan di beberapa negara termasuk Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang mendakwa sebanyak AS$4.5 bilion diselewengkan dan sebahagian dana itu telah disalurkan menerusi sistem kewangan negara itu.

DOJ telah memfailkan beberapa saman sivil sejak tahun lalu untuk merampas dakwaan hasil penyelewengan dan juga mendedahkan pada pemfailan mahkamah bahawa siasatan jenayah sedang dijalankan.

Saman pelucuthakan sivil DOJ mengaitkan “Malaysian Official1” (MO1) dalam skandal 1MDB dan memaklumkan bahawa sebahagian dana firma pelaburan negara Malaysia itu telah dialihkan melalui akaun banknya dan digunakan untuk membeli berlian kepada isterinya.

KLIK BACA: Mahathir tegas menentang kerana alasan yang kita semua tahu – Brig Jen Arshad Raji

KLIK BACAHancur luluh hati Tun Razak kalau masih hidup hari ini, titah Sultan Nazrin

KLIK BACA: Sultan Selangor murka dengan Tun Mahathir isu bugis tapi…

KLIK BACA: Video ketiga dakwaan KP SPRM muncul lagi …

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir gesa Hadi Awang taubat

KLIK BACA: Najib tak suka kacau orang penyabar tak macam Mahathir, kata Annuar Musa

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE