Presiden PPK, Brig-Jen (Bersara) Datuk Mohamed Arshad Raji yang mewakili sekumpulan veteran tentera memberi amaran akan menyalahkan kerajaan sekiranya apa-apa menimpa bekas perdana menteri itu. – Foto FMT

PUTRAJAYA 3 Nov – Persatuan Patriot Kebangsaan (PPK) itu berkata mereka komited untuk memastikan tiada bahaya fizikal yang akan menimpa Dr Mahathir pada bila-bila masa, dan menggesa semua yang mendakwa diri mereka patriot memberikan komitmen sama.

“Seseorang tidak boleh menjadi ‘patriot’ bangsa jika dia tidak mempedulikan pemimpin negara yang telah berkhidmat kepada rakyat, negara dan pemerintah Malaysia.

“Sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada kesejahteraan peribadi Dr Mahathir, ahli PPK akan menyalahkan sepenuhnya kepada kepimpinan negara dan penjaga undang-undang dan ketenteraman, dan akan menuntut siasatan bagi mendedahkan kegagalan kerajaan hari ini,” katanya.

Arshad berkata keputusan menarik balik pengawal peribadi Dr Mahathir adalah bersifat “amatur, tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah dan jelas merendahkan martabat”.

“Saya tidak fikir rakyat Malaysia yang patriotik mahu melihat bekas pemimpin yang mereka dihormati dan dihargai, yang menjadikan Malaysia lebih baik, dilayan dan dimudaratkan dalam keinginannya yang tinggi untuk perubahan kepimpinan negara sekarang.

“Pemimpin dunia memandangnya dengan penuh hormat, dan Malaysia pernah dipandang tinggi semasa kepimpinannya. Semasa kemelesetan dunia pada 1998 yang turut merebak ke Asia Tenggara, tindakan Dr Mahathir yang menyelamatkan ekonomi kita.

“Tidak kira bagaimana beliau hari ini, lelaki yang begitu tegas menentang kerajaan pemerintah sekarang kerana alasan yang kita semua tahu, beliau pastinya tidak layak menerima layanan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan.”

Melihatkan pelbagai perkhidmatan yang ditarik balik, Arshad persoal apa lagi yang akan diambil, katanya lapor Free Malaysia Today.

Rabu lalu, kerajaan mengumumkan penarikan balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) Dr Mahathir yang sebelum ini urut menamatkan kontrak tukang masak dan pembantu rumah di pejabatnya.

Tahun lalu, khidmat polis trafik mengiringi perjalanan Dr Mahathir ditamatkan, dengan alasan beliau menyertai perhimpunan yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang.

Dr Mahathir, yang mentadbir negara dari 1981 hingga 2003, merupakan perdana menteri Malaysia paling lama berkhidmat. Beliau keluar Umno tahun lalu dan kini mempengerusikan pakatan pembangkang melalui Pakatan Harapan.

KLIK BACAHancur luluh hati Tun Razak kalau masih hidup hari ini, titah Sultan Nazrin

KLIK BACA: Sultan Selangor murka dengan Tun Mahathir isu bugis tapi…

KLIK BACA: Video ketiga dakwaan KP SPRM muncul lagi …

KLIK BACA: Apa kewajaran pasukan UTK pengawal Tun Mahathir ditarik selepas pengiring bermotosikal dan tukang masak?

KLIK BACA: Tun Mahathir di parlimen berikrar tangkap MO1 100 HARAPAN memerintah!

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir gesa Hadi Awang taubat

KLIK BACA: Najib tak suka kacau orang penyabar tak macam Mahathir, kata Annuar Musa

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE