Shah Alam 2 Nov – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius, murka dan amat kecewa dengan kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap bangsa Bugis.

Selepas dibincang dengan Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor, baginda menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Mahathir semasa Himpunan Sayangi Malaysia- Hapuskan Kleptokrasi cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa bugis.

“Kenyataan Tun M itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah, kata baginda.

“Ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan tersebut amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa bugis hingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

“Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari bugis,” kata kenyataan tersebut lapor Sinar Harian.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais.

Menurut kenyataan itu lagi, Mahathir dinasihatkan agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan juga pada ahli-ahli politik lain.

Dalam masa sama, Sultan Sharafuddin mengingatkan semua pihak terutamanya ahli politik, tidak mempersendakan bangsa dan keturunan sebagai modal politik kerana ia boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat negara ini,” katanya lagi.

Malaysiakini melaporkan Mahathir pada ucapannya di sebuah himpunan lain di Alor Setar, pada 20 Oktober lalu, menafikan bahawa beliau menghina keseluruhan keturunan Bugis.

Bercakap di hadapan 2,000 penyokongnya, beliau berkata kenyataan yang dibuatnya hanya merujuk kepada “perompak yang mencuri wang rakyat”.

“Saya tak hina orang Bugis, orang Bugis ada yang baik, tapi penyangak pun ada juga….

“Salah ke (cakap begitu)? Takkan orang Bugis nak kata kalangan orang Bugis tak ada penyangak, ada,” kata Mahathir.

Beliau pada ucapan asalnya itu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya balik ke Sulawesi, tempat asal bagi mereka yang berketurunan Bugis, termasuk presiden Umno itu.

Antara kenyatannya itu berbunyi: “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis.”

Himpunan “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” itu diadakan bagi memberi penerangan mengenai skandal kewangan 1MDB dan kesannya kepada rakyat Malaysia.

1MDB yang adalah cetusan ilham Najib. Ia kini menjadi siasatan di beberapa negara termasuk Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang mendakwa sebanyak AS$4.5 bilion diselewengkan dan sebahagian dana itu telah disalurkan menerusi sistem kewangan negara itu.

DOJ telah memfailkan beberapa saman sivil sejak tahun lalu untuk merampas dakwaan hasil penyelewengan dan juga mendedahkan pada pemfailan mahkamah bahawa siasatan jenayah sedang dijalankan.

Saman pelucuthakan sivil DOJ mengaitkan “Malaysian Official1” (MO1) dalam skandal 1MDB dan memaklumkan bahawa sebahagian dana firma pelaburan negara Malaysia itu telah dialihkan melalui akaun banknya dan digunakan untuk membeli berlian kepada isterinya.

KLIK BACA: Video ketiga dakwaan KP SPRM muncul lagi …

KLIK BACA: Apa kewajaran pasukan UTK pengawal Tun Mahathir ditarik selepas pengiring bermotosikal dan tukang masak?

KLIK BACA: Tun Mahathir di parlimen berikrar tangkap MO1 100 HARAPAN memerintah!

KLIK BACAAnnuar betul Tun Mahathir mahu jatuhkan Najib kerana kuasa…

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir gesa Hadi Awang taubat

KLIK BACA: Najib tak suka kacau orang penyabar tak macam Mahathir, kata Annuar Musa

KLIK BACAHancur luluh hati Tun Razak kalau masih hidup hari ini, titah Sultan Nazrin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE