Mufti Zimbabwe Ismail Menk dilarang oleh Kementerian Dalam Negeri Singapura dan Johor untuk menyampaikan ceramah.

KUALA LUMPUT 1 Nov:  Persatuan ulama kanan Zimbabwe menafikan dakwaan muftinya Ismail Menk mahu memecahbelahkan masyarakat berbilang agama kerana mengajar umat Islam supaya tidak memberi ucapan selamat sempena perayaan agama lain.

Tambah beliau, pihaknya kecewa dengan keputusan Singapura melarang Ismail masuk ke republik itu antara lain kerana alasan tersebut.

Presiden Majlis Ulama Zimbabwe, Shaikh Umar Phiri berkata Ismail tidak pernah melarang umat Islam memberi ucapan Krismas dan Deepavali kepada penganut Kristian serta Hindu.

“Kami ingin tegaskan beliau tidak pernah mengatakan ia ‘berdosa’ untuk memberi ucapan kepada orang lain pada perayaan mereka.

“Beliau mengajar setiap orang mempunyai hak sama untuk meraikan perayaan mereka, tanpa sebarang ketakutan atau sekatan,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebook rasmi mufti itu.

“Kami sedar mengenai sebuah rakaman yang telah dipotong yang digunakan untuk membuktikan dakwaan (sebuah ceramah) oleh mufti kami.

“Mufti kami tidak pernah melarang ucap selamat kepada orang bukan Islam pada hari perayaan mereka. Bagaimanapun, beliau menegaskan ucapan perlu bersifat inklusif.

“Dakwaan ceramahnya memecah belah disebabkan ini adalah mengecewakan, tidak adil dan dibuat tanpa pemahaman,” kata Umar lagi.

Mufti Menk juga menafikan dakwaan kerajaan Singapura beliau akan memberi kuliah di atas kapal pelayaran itu sebaliknya hanya memenuhi tuntutan penganjur yang mengajaknya menziarahi Acheh, pada awal tahun ini.

Kementerian Dalam Negeri Singapura pada Isnin menolak permohonan Mufti Menk dan pendakwah Malaysia, Haslin Baharim, yang lebih dikenali sebagai “Ustaz Bollywood”, untuk mengikuti pelayaran kapal percutian bertema Islam yang akan berlepas dari Singapura hujung bulan ini.

Susulan tindakan di Singapura itu, Johor mengambil langkah sama selepas Sultan Johor menitahkan kedua-dua pendakwah itu dilarang daripada mengajar agama di negeri itu.

Shaikh Umar juga berkata keputusan Kementerian Dalam Negeri Singapura mungkin dibuat secara salah berdasarkan sepotong video yang telah disunting, yang menunjukkan mufti itu seolah-olah cuba memecahbelahkan masyarakat.

KLIK BACA: Apa kewajaran pasukan UTK pengawal Tun Mahathir ditarik selepas pengiring bermotosikal dan tukang masak?

KLIK BACA: Tun Mahathir di parlimen berikrar tangkap MO1 100 HARAPAN memerintah!

KLIK BACAAnnuar betul Tun Mahathir mahu jatuhkan Najib kerana kuasa…

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir gesa Hadi Awang taubat

KLIK BACA: Najib tak suka kacau orang penyabar tak macam Mahathir, kata Annuar Musa

KLIK BACAHancur luluh hati Tun Razak kalau masih hidup hari ini, titah Sultan Nazrin