SERI KEMBANGAN 1 Nov: Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tanggungjawabatas penahanan serta seksaan dialami tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Operasi Lalang walaupun keputusan untuk menangkap seseorang bukan terletak di tangannya.

Dr Mahathir menjelaskan beliau sendiri pernah bertanya kepada polis sama ada ISA wajar dihapuskan atau tempoh penahanan dipendekkan menjadi setahun.

“Mereka (polis) tidak setuju,”

“Saya kesal tahanan Ops Lalang diseksa. Ini melanggar undang-undang,” katanya dalam catatan terbaru di blog beliau hari ini dengan menyertakan video penjelasan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar dengan kenyataan akhirnya menyebut: “I accept the blame even though the detention was not my decision.”

Beliau juga menyatakan perkara pertama dilakukannya selepas menjadi perdana menteri ialah mengarahkan semua 21 tahanan politik yang dipenjara mengikut ISA dibebaskan.

“Saya melakukannya kerana saya tak suka penahanan tanpa bicara sejak Aziz Ishak ditangkap,” katanya merujuk kepada tokoh pejuang kemerdekaan, penulis dan wartawan yang pernah bergiat dalam pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM).

Adik kepada presiden pertama Singapura itu dilantik menjadi menteri dalam kabinet Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj bagi tempoh 1955 hingga 1963.

Beliau dituduh menjadi pengkhianat dan bersekongkol dengan ejen Indonesia semasa Malaysia berkonfrontasi dengan negara terbabit namun Aziz Ishak menafikan tuduhan berkenaan.

Kata Dr Mahathir beliau berharap sepanjang tempoh menjadi perdana menteri tiada sesiapa yang perlu ditahan mengikut ISA.

Walaupun begitu ramai orang ditahan mengikut akta berkenaan sepanjang tempoh 22 tahun Dr Mahathir menjadi perdana menteri beliau mengingatkan penahanan mengikut ISA juga berlaku di bawah tiga perdana menteri sebelumnya.

“Mereka tidak pernah dibebaskan atas arahan perdana menteri terbabit,” katanya.

Untuk rekod ISA digubal pada 1960 untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam negara yang memberi kuasa kepada polis menahan seseorang sehingga 60 hari tanpa perlu dibawa ke mahkamah untuk dituduh.

Walaupun ia bertujuan untuk menghadapi anasir berbahaya pengkritik mengecam akta berkenaan kerana dilihat menjadi alat kepada kerajaan mendiamkan pembangkang.

ISA kini sudah dimansuhkan dan diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma di bawah pentadbiran Najib.

KLIK BACA: Pengiring Tun Mahathir dari Unit Tindakan Khas ditarik balik?

KLIK BACA: Tun Mahathir di parlimen berikrar tangkap MO1 100 HARAPAN memerintah!

KLIK BACAAnnuar betul Tun Mahathir mahu jatuhkan Najib kerana kuasa…

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir gesa Hadi Awang taubat

KLIK BACA: Najib tak suka kacau orang penyabar tak macam Mahathir, kata Annuar Musa

KLIK BACAHancur luluh hati Tun Razak kalau masih hidup hari ini, titah Sultan Nazrin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE