Sebahagian ‘mangsa’ kejadian ‘tsunami’ yang dipersiapkan dengan pelbagai keadaan sebelum diberi rawatan kecemasan oleh pihak hospital.

PARIT BUNTAR 31 Okt – Bunyi siren amaran kejadian tsunami berkumandang di kawasan Kampung Nelayan Tanjung Piandang, di sini selama lima saat ternyata menggemparkan penduduk Tanjung Piandang.

Masakan tidak, tidak lama selepas itu, puluhan kenderaan agensi penyelamat termasuk ambulans dan jentera bomba acapkali merentasi pekan Tanjung Piandang untuk menuju ke lokasi bencana ‘tsunami’ yang dikatakan berlaku di muara sungai Kampung Nelayan Tanjung Piandang,di sini sekitar jam 8.30 pagi.

Lebih malang, kejadian ‘bencana’ itu difahamkan menyebabkan sekurang-kurangnya 20 nelayan dan penduduk setempat yang berada di Jeti Kampung Nelayan, Tanjung Piandang menjadi ‘mangsa’ dan dikhuatiri terancam.

Kejadian ‘bencana tsunami’ bermula jam 8 pagi itu menyebabkan dua ‘mangsa’ maut,manakala selebihnya mengalami kecederaan parah dan biasa.

Bagaimanapun, jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah(PKD) Kerian menegaskan ‘kegemparan’ itu sebenarnya berpunca daripada perlaksanaan latihan simulasi menyelamatkan mangsa kejadian tsunami yang dianjurkan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM), Hospital Parit Buntar, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kerian, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kuala Kurau dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, simulasi kejadian itu dibuat bagi menyelaraskan koordinasi standard prosedur operasi menyelamatkan ‘mangsa tsunami’ yang berada di laut, seterusnya dibawa ke darat sebelum dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan kecemasan.

“Latihan itu membabitkan puluhan petugas dari semua agensi penyelamat yang terlibat berperanan menggerakkan modus operandi menyelamat pada waktu kecemasan.

“Simulasi bencana ‘tsunami’ itu turut menyaksikan lebih 20 ‘mangsa’ dipersiapkan dengan pelbagai keadaan bagi memastikan setiap operasi menyelamat dilaksanakan mengikut standard pengurusan operasi ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis taklimat selepas perlaksanaan program latihan simulasi menyelamatkan mangsa bencana tsunami di Dewan Mutiara, Hospital Parit Buntar di sini .

Hadir sama, Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Kapten (PA) Rahmat Paimin. – Sumber ihsan Sinar Online

KLIK BACA: Pengiring Tun Mahathir dari Unit Tindakan Khas ditarik balik?

KLIK BACA: Tun Mahathir di parlimen berikrar tangkap MO1 100 HARAPAN memerintah!

KLIK BACAAnnuar betul Tun Mahathir mahu jatuhkan Najib kerana kuasa…

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir gesa Hadi Awang taubat

KLIK BACA: Najib tak suka kacau orang penyabar tak macam Mahathir, kata Annuar Musa

KLIK BACAHancur luluh hati Tun Razak kalau masih hidup hari ini, titah Sultan Nazrin