Putrajaya tarik khidmat pengawal UTK Dr Mahathir. – Foto ihsan Astro Awani

oleh Shahbudin Husin | 1 November, 2017

Menjadi perbualan di media sosial sejak semalam kononnya pengawal peribadi dan pasukan Unit Tindakan Khas [UTK]  yang mengiringi Tun Mahathir Mohamad telah ditarik balik oleh pihak kerajaan.

Semalam, pengawal peribadi atau ADC Tun Mahathir, Mazli Mazlan dilaporkan menerima arahan agar melapor diri dengan Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM yang mencetuskan spekulasi tugas beliau mengiringi bekas Perdana Menteri itu kemungkinan ditarik balik.

Di media sosial, ramai yang menulis mengenai penarikan balik tugas Mazli itu dan kebanyakannya melahirkan rasa kecewa serta bimbang berkenaan tindakan terbaru yang diambil kerajaan itu.

Ia bukan saja berkaitan faktor keselamatan Tun Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri, tetapi juga kerana Mazli dilihat begitu setia dengan beliau dan ketiadaannya mungkin menjejaskan keyakinan Tun Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan itu untuk tampil di tempat-tempat awam selepas ini.

Namun, khabar tidak menggembirakan itu tidak berpanjangan di mana pagi ini Mazli dilaporkan sudah pun melapor diri kembali untuk bertugas semula sebagai pengawal peribadi Tun Mahathir.

Bagaimanapun, pasukan Unit Tindakan Khas seramai lima orang beserta sebuah kereta yang turut mengiringi Tun Mahathir ke mana-mana sebelum ini, kini dikatakan telah ditarik balik.

Bermula hari ini, atas kapasitinya sebagai bekas Perdana Menteri, bermakna Tun Mahathir dikatakan hanya diiringi dan dikawal oleh Mazli dan dua orang anggota polis biasa saja.

Sebelum ini, kerajaan turut menarik balik pengiring bermotosikal dan tukang masak yang sudah sekian lama berkhidmat dengan Tun Mahathir.

Dengan tindakan terbaru ini, apakah wajar sebegitu layaknya layanan yang harus diterima oleh seorang bekas Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun membangunkan negara?

Tidakkah keselamatan Tun Mahathir selepas ini terdedah kepada pelbagai kemungkinan dengan tiada lagi pasukan UTK mengiringi dan mengawalnya?

Diharap Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara, Mohamad Puzi Harun segeralah tampil memberi penjelasan berkenaan perkembangan terbaru ini dan rasional serta kewajaran tindakan tersebut diambil.

Laporan The Malaysian Insight:  Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar menyentuh isu itu di Parlimen pada perbahasan Bajet 2018 hari ini dan mempersoalkan tindakan kerajaan menarik balik khidmat itu.

“Hari ini, tiada lagi UTK. Hanya anggota polis yang bertindak sebagai pengawal peribadinya dikekalkan. Adakah ini dibuat kerana dendam politik?” soal Mahfuz.

Katanya, khidmat itu tidak sepatutnya ditarik balik kerana Dr Mahathir pernah berkhidmat kepada negara sebagai perdana menteri dan khidmat itu adalah keistimewaan yang diberikan kepada semua bekas pemimpin tertinggi negara.

“Dr Mahathir hanya ada isu dengan Barisan Nasional dan (perdana menteri) Najib Razak, bukan negara. Tanpa sebarang perlindungan yang sepatutnya beliau dapat, Dr Mahathir kini terdedah kepada ancaman,” kata Mahfuz.

KLIK BACA: Video ketiga dakwaan skandal KP SPRM muncul lagi …

KLIK VIDEO: Tun Mahathir rela dipersalahkan OPS LALANG ISA

KLIK BACA: Tun Mahathir di parlimen berikrar tangkap MO1 100 HARAPAN memerintah!

KLIK BACAAnnuar betul Tun Mahathir mahu jatuhkan Najib kerana kuasa…

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir gesa Hadi Awang taubat

KLIK BACA: Najib tak suka kacau orang penyabar tak macam Mahathir, kata Annuar Musa

KLIK BACAHancur luluh hati Tun Razak kalau masih hidup hari ini, titah Sultan Nazrin