Rakaman CCTV menunjukkan lelaki tersebut menyembunyikan coli yang dicuri di dalam seluarnya.

KUALA PILAH 29 Okt: Kegiatan menyelongkar mesin basuh di kedai dobi layan diri semata-mata untuk melampiaskan nafsu dengan mencuri pakaian dalam wanita bukan lagi perkara baru.

Terkini, rakaman video berdurasi 55 saat yang dikongsi pemilik Dobi Depot di Kuala Pilah memaparkan seorang lelaki membuka salah sebuah mesin basuh di kedai tersebut.

Dalam video tersebut, lelaki yang berbaju kemeja-T hitam dilihat menyelongkar sebuah mesin basuh sambil memerhatikan keadaan sekeliling sebelum bertindak mencuri pakaian dalam.

Suspek kemudiannya menyembunyikan pakaian dalam yang dipercayai coli di dalam seluarnya sebelum bertindak meninggalkan premis tersebut.

Insiden dipercayai berlaku pada pukul 8.34 malam, 21 Oktober lalu lapor mStar.

Susulan insiden itu, Dobi Depot menerusi kenyataan di laman Facebooknya mengingatkan golongan wanita supaya berhati-hati ketika mendobi dan sentiasa mengawasi pakaian mereka.

Pihak pengurusan Dobi Depot turut menggesa golongan wanita amnya supaya ditemani lelaki ketika mendobi pada waktu malam bagi mengelak kejadian tidak diingin, termasuk disamun.

Berita sebelum ini seorang lelaki yang dikatakan berpangkat ‘pak cik’ yang didakwa telah menyelongkar beberapa mesin pengering di sebuah kedai dobi layan diri di Shah Alam untuk mencari pakaian dalam wanita.

KLIK BACA: Musa Aman tidak kaya semasa masuk Umno, kata Shafie

KLIK BACAShafie rasa dikhianati, rakyat Sabah tak kenal Najib kalau bukan kerananya

KLIK BACA: Najib tak suka kacau orang penyabar tak macam Mahathir, kata Annuar Musa

KLIK BACA: Bajet 2018 Najib hanya FIKSYEN terhebat dalam sejarah negara

KLIK BACA: Najib dan polisi ekonominya, siapa untung siapa rugi? – Datuk Kadir Jasin