KUALA LUMPUR 27 Okt – Ketua Penerangan Umno Annuar Musa berkata Perdana Menteri Najib Razak istiqamah orangnya, bukan seperti Dr Mahathir Mohamad yang merajuk sehingga meninggalkan parti.

Annuar berkata itu sebabnya, beliau yakin dengan kepimpinan Najib, walaupun beliau terpalit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Membandingkan Najib dan Dr Mahathir, bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu, Annuar berkata Najib tidak membuat sesuatu demi kepentingan agendanya.

“Ini keistimewaan Najib. Tapi apa yang pentingnya, saya sokong Najib. Pertama kerana dia pertahankan parti dan dia tidak melawan parti berbanding Dr Mahathir, kerana dia ada agenda peribadi. Dia sanggup buat apa saja, sanggup tinggalkan parti, dia sanggup keluar parti.

“Nak tunjukkan dia merajuk, dia tinggalkan parti. Jadi, kalau kita buat macam itu, seperti sebuah kapal kalau kita bergaduh dan meninggalkan kapal, siapa yang jaga kapal itu?,” katanya pada forum “Anda Tanya Saya Jawab…” di Bangunan Utama Parlimen, Kuala Lumpur lapor The Malaysian Insight.

Annuar berkata Najib pemimpin yang mempunyai kualiti cukup istimewa.

“Dia tak suka kacau orang. Dalam sejarah politik dia, dia tak suka lawan orang. Dia dapat jawatan ikut merit dia sendiri dan dia seorang yang sangat sabar,” katanya.

Annuar yang aktif berkecimpung dalam Umno sejak 1979 pada masa sama mengakui jasa dan budi Dr Mahathir terhadapnya begitu besar.

“Jasa dan budi Dr Mahathir pada saya begitu besar. Saya budak kampung biasa saja dan ahli keluarga saya tak ada yang terlibat dengan politik.

“Saya hanya pemimpin pelajar tetapi dengan takdir Allah dan Dr Mahathir bagi peluang saya jadi menteri.

“Tapi itu soal jasa, tapi dalam politik jasa harus kita kenang tetapi ada perkara lain yang lebih besar, lebih penting,” katanya.

Nota Ana Ghoib: Najib tak suka kacau orang tapi Gani, Muhyiddin, Shafie, Husni Hanadzlah dan ramai lagi terkena jika tidak dengan tangan Najib tangan kader bawahannya.

Kepada penulis maksud Annuar berkata Mahathir ada agenda peribadi semestinya konon mahu Muhyiddin atau Mukhriz menjadi PM menggantikan Najib.

Jika benar – kepada penulis Muhyiddin atau Mukhriz layak hanya satu sebab utama iaitu dia simpati kepada rakyat dengan cukai tinggi 6% GST dan mahu mengurangkan atau menghapuskannya tetapi dipandang serong Najib.

Tetapi itu bukan HAK Annuar mengada-adakannya atau memilih siapa menjadi PM justeru ia langsung keputusan rakyat dan keputusan sakral TUHAN.

Menurut kitab saban masa di langit cakrawala gugusan bintang meletup, runtuh dan pudar – begitulah perumpamaannya Allah meruntuhkan kerajaan-kerajaan di langit apatah lagi semudah di dunia fana ini.

DiberiNya kerajaan itu kepada sesiapa yang dikehendakinya tetapi si penerima hendaklah SADAR diri bolehkah ia memikul amanah berat itu.

Kepada Mahathir sudah diberiNya dan sampai masa beliau SADAR diri tak mampu lagi melakukannya dan melepaskan jawatan.

Namun kepada Najib dia seakan tidak mampu tetapi berminat sungguh – cuma maaf kata kelakuannya seperti seorang pemandu kereta Rolls Royces yang lembab memandu di lebuhraya menyebabkan rakyat tersekat di belakang.

Kamu Annuar senanglah pengiring melepaskan dia VVIP semata-mata untuk tumpang laluan mudah laju tetapi rakyat yang tersangkut terbabas teruk di belakang bagaimana?

Najib sudah minta MAAF di parlimen mengenai 1MDB meski diejek DAP, PKR siapa MO1?

Penulis terima pohonan maaf salah silap khilaf ikhlas dari Najib tetapi jangan kerana ejekan itu dia marah dan menjadi tidak sabar dan tidak keruan.

Kamu tenangkan dia titik fokal soal GST suruh turunkan jika tidak mahu hapuskan bagi meredakan kemarahan rakyat bukannya seperti sekarang kalian bertindak memberi sikit-sikit hulur tarik untuk politik kuasa dengan tema ‘Cash is King’.

Mudah cerita berilah Tun Mahathir kemaafan [ketenangan diusia tuanya] kerana bercakap BENAR mengenai 1MDB – redhalah kutukannya akur salah kamu juga dan berdamailah kalian – malu dilihat anak cucu melayu.

Bak kata Cina KM Guan Eng yang bijaksana boleh tahan juga semalam yang terkena bahang marah Najib [SPRM yang kamu Annuar kata sabar itu] jika BN hapus GST maka ‘Game Over’ kepada PH dan BN bakal menang 2/3 PRU14.

Kalau Najib dan Zahid tak boleh SADAR soal kemarahan rakyat maka layaklah Annuar, Muhyiddin atau Mukhriz menjadi PM jika tidak rasmi pun tetapi dihati rakyat  – kesannya kutukanlah ke atas Umno dan orang-orangnya sampai tiba keputusan MURKA tuhan dari langit. […nauzubillah]

Akhir kalam bacalah dalam hati amalkan…Thoha Putrajaya – Putrakaya – Makanlah minumlah jangan berlebih-lebihan… Allah tidak suka orang Musrifin

Firman Allah “….(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.

Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). – (Al-Hasy-r 59:7)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Hancur luluh hati Tun Razak jika lihat senario hari ini, titah Sultan Nazrin

KLIK BACA: Najib dan polisi ekonominya, siapa untung siapa rugi? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Nazri secara tidak langsung akui Jho Low, kata peguam Faiz Fadzil

KLIK BACA: Bajet NAJIB pemberian tunai sebabkan belanja pembangunan terpaksa diciputkan

KLIK BACA: ‘Ibu segala skandal’ hilang dalam bajet Najib, kata Kit Siang

KLIK BACA: Tiada pemimpin UMNO berani cadang Jho Low dibawa balik?

KLIK BACA: Menang PRU14 tahulah Tun Mahathir dan Pakatan Harapan cari Jho Low

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE