Joy Revfa optimis apa yang berlaku terhadap mereka berdua mempunyai hikmah tersendiri.

Petaling Jaya 25 Okt – Perkahwinan penyanyi, Hafiz Hamidun dan usahawan kosmetik, Joy Revfa akhirnya bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling hari ini.

Hafiz, 33, melafazkan talak selepas Hakim Syarie, Shukran Yusof membenarkan permohonannya untuk bercerai secara baik.

Hafiz dan Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin mengakui mereka hanya tinggal berasingan sejak seminggu selepas pernikahan mereka 1 Mei lalu.

Joy Refva nama sebenarnya Siti Arifah Amin menegaskan pengakhiran perkahwinannya bersama penyanyi, Hafiz Hamidun merupakan jalan terbaik untuk kedua-dua pihak.

Beliau turut memberitahu dirinya berhasrat menunaikan umrah dalam masa terdekat.

“Saya bersyukur ianya selesai dan akan memfokuskan kehidupan dengan anak serta perniagaan kosmetik,” katanya lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Hafiz turut meluahkan perasaan lega apabila kemelut rumah tangganya berakhir.

“Saya bersyukur apabila episod berbulan -bulan ini tamat hari ini. “Saya dan keluarga ikhlas maafkan Joy dan tiada dendam terhadapnya,” katanya.

“Saya harap orang lain juga ambil pengajaran dan saya juga belajar sesuatu,” katanya.

KLIK BACAJho Low kebal disebabkan pembelaan daripada Umno, kata Mukhriz

KLIK VIDEO: Dr Mahathir lawat ‘Tembok Besar China’ di Kuantan, syabas Najib

KLIK BACA: Mahathir jadi Perdana Menteri dan Allah panjangkan umur untuk menjelaskan ini?

KLIK BACA: Tun Mahathir berang tulis artikel DARUL PENYANGAK…

KLIK BACA: Umno mesti dikalahkan baru insaf rasa kepahitan rakyat di bawah, kata Shafie beberapa hari sebelum ditahan SPRM

KLIK BACATuan Ibrahim ungkit dosa Mahathir, sampai bila pun masalah negara tak akan selesai

SHARE