Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Mahathir Mohamad berkunjung ke Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) yang terletak berhampiran Gebeng, sebuah bandar kecil 25km di utara Kuantan.

Bagi penduduk setempat di kawasan itu dirujuk sebagai “Tembok Besar China” Kuantan kerana dinding tembok tingginya.

Laporan oleh portal Islam & Melayu – Ismaweb di bawah:

KUANTAN 21 Okt – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) adalah sebahagian daripada tanah kita yang telah diserahkan kepada orang asing.

Bercakap di hadapan pintu masuk MCKIP, bekas perdana menteri itu mendakwa pelaburan asing seperti MCKIP tidak menguntungkan sedikit pun rakyat tempatan kerana kontraktor dan pekerja terbabit dibawa masuk dari China.

Beliau berkata demikian dalam satu video berdurasi 3 minit yang dimuatnaik oleh laman Facebook Kelab Che Det hari ini.

Berikut adalah teks penuh ucapan beliau:

Kita sekarang berdiri di hadapan Malaysia-China Kuantan Industrial Park disusuli dengan perkataan dalam bahasa Cina. Tidak ada sama sekali perkataan dalam bahasa kebangsaan.

Dan industrial park ini amat luas sekali. Mempunyai pagar sepanjang 9 km.

Dalam pagar ini terdapat banyak industri milik negara China dan industri ini mempunyai pekerja hampir semuanya dari negara China

Pembangunan industrial park ini amat cepat sekali, luar biasa.

Dan kita dapati bahawa kawasan ini adalah kawasan istimewa yang mana orang Malaysia tak dibenar masuk, cuma orang mereka yang boleh masuk.

Beberapa orang yang bekerja sebagai penjaga keselamatan terdiri daripada orang Bangladesh dan beberapa orang tempatan.

Ini adalah kawasan istimewa yang terkeluar daripada negara kita, kerana ia nampak ditadbir diurus oleh pelabur-pelabur dari negara lain.

Inilah sebahagian daripada negara kita yang sudah kita serahkan kepada orang asing.

Kalau kita mempunyai lebih banyak industrial park macam ini, bandar-bandar mewah macam ini, maka semakin kuranglah milik tanah oleh kita di Malaysia ini, dan tanah-tanah kita akan dimiliki oleh orang asig.

Inilah keadaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib yang kononnya membawa banyak pelaburan asing ke Malaysia tetapi pelaburan asing ini tidak sedikit pun menguntungkan rakyat Malaysia kerana kontraktornya bukan dari Malaysia, pekerjanya bukan dari Malaysia, bahkan kawasannya juga adalah istimewa kepada orang bukan dari Malaysia.

Syabas Datuk Seri Najib.

KLIK BACA: Jho Low punya pasal Azmin usik Zahid dimarah bos agaknya?

KLIK BACA: Mahathir jadi Perdana Menteri dan Allah panjangkan umur untuk menjelaskan ini?

KLIK BACA: Umno mesti dikalahkan baru insaf rasa kepahitan rakyat di bawah, kata Shafie beberapa hari sebelum ditahan SPRM

KLIK BACANajib cuba sembunyi situasi sebenar 1MDB, kata Wan Azizah

KLIK BACATuan Ibrahim ungkit dosa Mahathir, sampai bila pun masalah negara tak akan selesai

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE