SHAH ALAM 24 Okt – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disindir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berhubung kenyataan timbalan perdana menteri itu mengenai Jho Low semalam.

Azmin mendakwa Ahmad Zahid cuba memutar belit fakta mengenai Jho Low  yang dikaitkan dengan skandal 1MDB itu.

Namun kata Azmin usaha Ahmad Zahid itu hanya akan “sia-sia”.

“Cuba tengok transkrip. Sekarang siapa memalsukan berita?”

Tidak cukup dengan itu Azmin yang juga timbalan presiden PKR mengusik Ahmad Zahid: “Zahid oh Zahid. Kena marah dengan bos ke?” tulisnya di Twitter lapor Malaysiakini.

Manakala di Facebook rasminya Azmin menulis:

“Pagi Zahid sebut telah minta bantuan Interpol cari Jho Low. Petang kapal layar Jho Low berlabuh di Aceh. Malam Zahid pusing kenyataannya.”

Azmin semalam mengemukakan soalan di Dewan Rakyat berhubung status Jho Low kepada Ahmad Zahid.

Kata Ahmad Zahid Malaysia sudah meminta bantuan Interpol bagi mengesan Jho Low sebelum ini namun tidak mendapat sebarang maklumat terperinci mengenainya namun kemudian mendakwa kenyataan itu dimanipulasi.

Pada Ogos lalu Azmin mengemukakan surat tuntutan kepada ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya PDRM menahan dan membawa pulang Jho Low ke negara ini.

Namun permohonan berkenaan ditolak mahkamah tinggi bulan ini selepas hakim membenarkan bantahan awal dikemukakan Pejabat Peguam Negara yang mewakili polis.

KLIK BACA: Tun Mahathir berang tulis artikel DARUL PENYANGAK…

KLIK BACA [dikemaskini]: Memalukan bikin malu siasatan Jho Low ditutup

KLIK BACA: Umno mesti dikalahkan baru insaf rasa kepahitan rakyat di bawah, kata Shafie beberapa hari sebelum ditahan SPRM

KLIK BACA: Laporan: Jho Low bersama kapal mewahnya dikesan di Aceh

KLIK BACANajib cuba sembunyi situasi sebenar 1MDB, kata Wan Azizah

KLIK BACATuan Ibrahim ungkit dosa Mahathir, sampai bila pun masalah negara tak akan selesai

KLIK BACA: Tun Mahathir teringat hantar Mat Sabu kursus memasak…

KLIK BACA: Hadi Awang bila nak taubat? baru cakap serupa bikin… – Shahbudin Husin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE