Tiga ahli parlimen PKR membuat laporan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya terhadap peguam Shafee Abdullah. – Foto Zuraida Kamaruddin Facebook

PUTRAJAYA 23 Okt – TIGA anggota parlimen PKR membuat laporan hari ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai isu RM9.5 juta yang didakwa dibayar kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dari akaun bank perdana menteri.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menjelaskan mereka memutuskan untuk hadir ke SPRM kerana tiada penjelasan komprehensif diberikan terhadap tuduhan tersebut.

“Ya, isu ini bukanlah perkara baru, tetapi kita masih menunggu sama ada (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Nancy Shukri atau Shafee menafikan dakwaan ini.

“Terdapat dua akaun yang berbeza. Jumlah RM9.5 juta tidak konsisten dengan apa yang dikatakan Nancy di parlimen – RM1,000 telah dibayar kepada Shafee (untuk khidmatnya sebagai pendakwa).

“Kami mahu SPRM menyiasat siapa yang berkata benar,” katanya kepada Malaysiakini.

Sarawak Report sebelum ini mendakwa Shafee telah menerima bayaran dalam dua transaksi iaitu pada 11 Sept 2013 dan 17 Februari 2014 daripada akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Shafee belum membuat kenyataan rasmi terhadap tuduhan Sarawak Report itu walaupun mengatakan akan berbuat demikian pada bulan Jun.

Putrajaya pada tahun 2013 melantik Shafee sebagai pendakwa dalam kes Liwat II membabitkan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila kes itu dibawa ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Anwar yang didapati bersalah dan kini menjalani hukuman penjara lima tahun – susulan pendedahan Sarawak Report itu beliau telah meminta pengisytiharan bahawa sabitannya untuk kes liwat, di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Mac 2014, adalah tidak sah dan terbatal serta ultra vires mengikut Perkara 5 (1 ) Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan seseorang.

KLIK BACA: Laporan: Jho Low bersama kapal mewahnya dikesan di Aceh

KLIK BACA: Kerajaan minta bantuan Interpol kesan Jho Low tapi belum ada maklumat, kata Zahid

KLIK BACANajib cuba sembunyi situasi sebenar 1MDB, kata Wan Azizah

KLIK BACATuan Ibrahim ungkit dosa Mahathir, sampai bila pun masalah negara tak akan selesai

KLIK BACA: Tun Mahathir teringat hantar Mat Sabu kursus memasak…

KLIK BACA: Hadi Awang bila nak taubat? baru cakap serupa bikin… – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Apa kata Shafie sejurus sebelum ditangkap SPRM?