KUALA LUMPUR 23 Okt – Pada saat Putrajaya didakwa menghubungi bantuan daripada Interpol bagi mengesan ahli perniagaan Low Thaek Jho atau Jho Low, kapal layar mewah ahli perniagaan dilaporkan berlabuh berdekatan dengan Malaysia.

Malaysiakini melaporkan laman web maritim MarineTraffic, Equanimity berlabuh di Sabang, sebuah bandar di Pulau Weh, di Aceh Utara sebuah destinasi menyelam terkenal.

Menurut MarineTraffic, kapal layar itu kemudiannya meninggalkan Sabang sekitar jam 4 petang waktu tempatan.

Equanimity sedang dikesan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (DOJ) yang didakwa adalah sebahagian daripada aset berkaitan 1MDB yang membabitkan pengubahan wang haram.

Menurut pemfailan DOJ di mahkamah, kapal layar itu dibina dan diselenggara dengan dana bernilai AS$250 juta (RM1.06 bilion) yang bersumber dari 1MDB.

Secara keseluruhannya, DOJ cuba merampas lebih AS$1 bilion aset. Walau bagaimanapun, proses penyitaan aset ditangguhkan bagi membolehkan siasatan jenayah dijalankan.

Equanimity adalah satu-satunya jenis kapal layar yang ditempah khas dan mempunyai sauna, bilik urut, dan kolam terjun, serta ruang tamu yang besar.

Terdapat beberapa laporan berita yang mendakwa bahawa kapal layar itu pernah digunakan sebagai menganjurkan beberapa parti dan pesta yang dihadiri termasuk oleh bintang Hollywood, seperti Leonardo DiCaprio.

Nota editor: Zahid Hamidi dalam kenyataannya yang siar BERNAMA menafikan polis memohon bantuan Interpol mengesan Jho Low kerana fail siasatan telah ditutup. [Baca di SINI]

Nota editor: New York Times dan The Wall Street Journal sebelum ini melaporkan bilionair Jho Low tinggal di sebuah hotel di China.

KLIK BACA [dikemaskini]: Memalukan bikin malu siasatan Jho Low ditutup

KLIK BACA: Kerajaan minta bantuan Interpol kesan Jho Low tapi belum ada maklumat, kata Zahid

KLIK BACANajib cuba sembunyi situasi sebenar 1MDB, kata Wan Azizah

KLIK BACATuan Ibrahim ungkit dosa Mahathir, sampai bila pun masalah negara tak akan selesai

KLIK BACA: Tun Mahathir teringat hantar Mat Sabu kursus memasak…

KLIK BACA: Hadi Awang bila nak taubat? baru cakap serupa bikin… – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Apa kata Shafie sejurus sebelum ditangkap SPRM?