Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir bersama Presiden AMANAH, Mohamad Sabu di Konvensyen Nasional AMANAH 2017

oleh Hazayani Zakaria | 21 Oktober, 2017

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad buat kesekian kalinya menekankan bahawa gabungan itu perlu melupakan permusuhan lama dan bersatu hati menentang kerajaan kleptokrasi pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, negara sedang berhadapan dengan musuh yang sangat dahsyat iaitu rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita perlu lupakan permusuhan yang lama kerana perkara yang kita hadapi hari ini begitu dahsyat dan sebab itulah Mohamad Sabu, Lim Kit Siang , Anwar Ibrahim dan saya sanggup bekerjasama. Yang lepas biarlah lepas dan kita menghadapi bahaya yang sangat dahsyat.

“Kita tidak terlalu utamakan parti masing-masnig tapi kita utamakan Pakatan Harapan. Dengan gabungan ini kita mempunyai haparan. Tanpa bergabung kita tak punya kekuatan untuk menghadiri kerajaan yang lebih 60 tahun,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan di Konvensyen nasional 2017 AMANAH di Alor Setar.

Beliau sebelum itu memulakan ucapannya dengan meluahkan rasa ‘tidak percaya’ kerana dijemput oleh ‘musuh’ beliau satu masa dahulu untuk menyampaikan ucapan di konvensyen AMANAH.

“Himpinan hari ini mempunyai signifikan yang amat tinggi, pelik dan luar biasa kerana saya dijemput oleh musuh saya Mohamad Sabu untuk menyampaikan ucapan di konvensyen parti beliau.

“Saya masih teringat menghantar Mohamad Sabu untuk belajar mamasak di Taiping dan diupah 80 sen. itu rate zaman British dan saya boleh buat pengesahan masakan beliau sangat baik.

“Saya dijemput makan malam dan masakannya sedap sungguh,” katanya disambut ketawa para pimpinan dan perwakilan AMANAH.

Mohamad sewaktu zaman pemerintahan Dr Mahathir pernah dua kali ditahan di Penjara Kamunting di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu juga berkata, walaupun permusahan lama amat memedihkan hati banyak pihak namun semua itu harus dilupakan demi menyelamatkan negara.

“Permusuhan lama itu walaupun memedihkan hati dan sebagainya tapi ia boleh merosakkan negara. Dalam negara demokratik kita perlu ada parti lawan dan kerajaan. Baru boleh kenal hodohnya muka kerajaan.

“Kadang-kadang ada kata-kata kesat tapi itu cuma kata-kata kesat bukan boleh membunuh. Ada cabaran lebih besar dan kita perlu berganding bahu melawan musuh yang baru.

“Kita tak sangka ada manusia di dunia ini yang apabila diberi kuasa menyalahgunakan kuasa dengan begitu ketara,” katanya merujuk kepada Najib.

Menurut beliau juga, Najib sedang berhempas pulas menyelamatkan dirinya daripada didakwa aas segala salah guna kuasa yang dilakukan.

“Kalau Najib tak lagi jadi perdana menteri tempat tidurnya sudah disediakan di Sungai Buluh sebab itu Najib berusaha menyelamatkan diri.

“Kalau kita nak jatuhkan Najib dan penyangak maka kita kena gabungkan parti-parti lawan,” katanya. – Sumber ihsan MalaysiaDateline

KLIK BACA: Hadi Awang bila nak taubat? baru cakap serupa bikin… – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Shafie ditahan cubaan lumpuhkan Parti Warisan Sabah, dakwa Tun Mahathir

KLIK BACATuan Ibrahim ungkit dosa Mahathir, sampai bila pun masalah negara tak akan selesai

KLIK BACA: ‘Malaysia tidak perlu penyangak sebagai Perdana Menteri’

KLIK BACANajib orang pertama dihadap RCI 1MDB jika Pakatan Harapan menang PRU14, kata Muhyiddin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE