Bekas CEO MAS Peter Bellew menafikan campurtangan Najib dalam syarikat penerbangan itu punca beliau meletak jawatan seperti didakwa Tun Mahathir. – Foto ihsan FMT

DAMANSARA 22 Okt – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Peter Bellew hari ini menafikan dakwaan pengunduran beliau daripada syarikat penerbangan negara itu adalah disebabkan campur tangan Perdana Menteri Najib Razak.

“Tun Mahathir silap. 100% silap. Tiada sesiapa yang mempunyai hubungan dengannya (Najib) pernah berhubungan (dengan saya) untuk periksa. Tiada campur tangan. Saya cuma mahu balik kampung,” kata Bellew pada satu sidang media diadakan di Damansara petang ini lapor The Malaysian Insight.

Bellew sebelum ini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media atas kapasiti peribadinya mengatakan tiada campur tangan sesiapa dalam tindakan pengunduran beliau daripada MAS.

Beliau bagaimanapun merasakan perlu untuk mengadakan sidang media itu bagi menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan, susulan dakwaan Dr Mahathir  yang mendakwa pengunduran beliau mempunyai kaitan dengan Najib.

Bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad dalam catatan blognya yang terbaru pada Jumaat berkata Bellew meletakkan jawatan kerana campur tangan Najib dalam pengurusan MAS tanpa merujuk kepada lembaga pengarah dan pengurusan syarikat itu.

KLIK BACA: Jauhkan Najib dari MAS semasa beli pesawat baru – Rafizi

KLIK BACATuan Ibrahim ungkit dosa Mahathir, sampai bila pun masalah negara tak akan selesai

KLIK BACA: ‘Malaysia tidak perlu penyangak sebagai Perdana Menteri’

KLIK BACANajib orang pertama dihadap RCI 1MDB jika Pakatan Harapan menang PRU14, kata Muhyiddin

KLIK BACA: Tun Mahathir pertikai kenapa siasat Shafie baru sekarang?

KLIK BACA: Hadi terimalah hakikat Mahathir kini berjuang untuk kebaikan negara

KLIK BACA: Tun Mahathir ikrar akan selamatkan Penjawat Awam…