ALOR SETAR 21 Okt – Tular di media sosial semalam gambar aksi spontan kemesraan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah memeluk dari belakang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Berada dalam lif, turut kelihatan isteri Presiden AMANAH, Mohamad Sabu iaitu Normah Alwi yang sedang ketawa.

Aksi mesra melibatkan isteri pemimpin Pakatan Harapan itu dirakam pada Konvensyen Nasional AMANAH di Alor Setar, semalam lapor portal AMANAH – Malaysia Dateline.

Gambar tersebut kemudiannya turut dikongsi pengguna media sosial termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di laman Instagram beliau.

Orang ramai terutama penyokong Pakatan Harapan memberi reaksi positif terhadap hubungan baik melibatkan keluarga pemimpin blok pembangkang itu.

Pada 27 September lalu, Hasmah menemani Mahathir berkunjung di rumah Mohamad Sabu di Seksyen 19, Shah Alam untuk makan malam.

Foto Dr Mahathir bersama Mohamad Sabu di meja makan pada kunjungan itu juga tular di media sosial sebelum ini.

KLIK BACATuan Ibrahim ungkit dosa Mahathir, sampai bila pun masalah negara tak akan selesai

KLIK BACA: ‘Malaysia tidak perlu penyangak sebagai Perdana Menteri’

KLIK BACANajib orang pertama dihadap RCI 1MDB jika Pakatan Harapan menang PRU14, kata Muhyiddin

KLIK BACA: Tun Mahathir pertikai kenapa siasat Shafie baru sekarang?

KLIK BACA: Hadi terimalah hakikat Mahathir kini berjuang untuk kebaikan negara

KLIK BACANajib ‘bijak’ tak usah tanya peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir ikrar akan selamatkan Penjawat Awam…