Pas yang bersikap ‘lantaklah apa nak jadi’ terus mengungkit dosa-dosa lalu Tun Dr Mahathir Mohamad dan berikrar tidak akan bersama Pakatan Harapan dalam Pilihan raya Umum ke 14 (PRU14) nanti.

Portal AMANAH – Malaysia Dateline melaporkan dalam kenyataan terbaru Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, di bawah Mahathir Umno dilihat sebagai perompak dan penyamun.

Menurut Tuan Ibrahim yang berkata, “Di zaman Tun, Umno sudahpun menjadi perompak dan penyamun, cuma Tun tidak sedar.

“Sesiapa yang mempertikaikannya perlu berdepan dengan senjata yang bernama ISA yang sedia digunakan,” katanya.

Dalam menghadapi pilihan raya umum ke 14 beliau berkata Pas akan tetap menentang Umno tetapi tidak akan bersama Pakatan Harapan.

Suka hatilah siapa yang ingin masuk gelanggang di kerusi-kerusi tradisi Pas untuk menjadikan ia peperangan tiga penjuru, itu hak demokrasi masing-masing,” katanya. [PAS bersikap tak apa sedang mereka tahu risiko jika BN memerintah semula]

Selain itu Tuan Ibrahim membangkitkan soal Anwar, royalti minyak dan katanya bagi PAS tidak cukup dengan hanya menurunkan Najib sahaja.

“Selama ini, kami menentang agar rakyat bangkit menukarkan Umno-BN dan menggantikannya dengan parti yang akan menukar sistem yang korup dan rasuah dengan dasar Islam yang diturunkan Allah untuk keselamatan negara dan rakyat yang berbilang kaum ini,” katanya.

Nota Ana Ghoib: Dasar Islam yang mana satu hukum baiah mencagar isteri cerai talak 3 [TIGA] NABI mana yang mengajar apakah Nabi sejuta Ahli?

Dasar Islam dan sunnah Nabi mana mengungkit kisah orang yang insaf mahu berbuat perbaikan – adakah Rasulullah SAW melakukannya terhadap Umar r.a? [jika PAS mahu faham dari perspektif demikian.]

Nabi Muhammad menyebut dalam khutbah wida’ dengan firman bahawa Allah telah menyempurnakan agama Islam kenapa kamu mencari diluar hukum peraturan kitabullah?

Banyak boleh diungkit terhadap PAS dalam soal agama dan pentadbiran yang juga akan dilakukan Umno jika kamu tidak menyokong mereka secara halus.

Tetapi apakah kamu akan jadi seperti Mahathir yang sudah mengakui salah-silap dan mahu membetulkannya?

Bukan hak kamu atau sesiapa untuk dengki menentukan siapa PM apatahlah hak Mahathir dan juga bukan HAK kamu memaafkan Najib dan kononnya berpolitik matang.

Bersama Pakatan Harapan sahajalah jika menang banyak polisi salah kerajaan BN dapat diperbetulkan [di Parlimen].

Mengapa PAS masih mahu menunjuk lagak bersikap keanak-anakan mengungkit.

Cemuhan terhadap Mahathir dan Pakatan Harapan kini hanya menampakkan PAS tidak mengutamakan kepentingan rakyat hanya mahu menunjuk pandai fakta sejarah yang tak akan mengubah apa-apa.

Ketika orang lain sudah berdamai dengan takdir PAS masih tersekat [enimity – vandetta ] dendam tak sudah.

Maka itu jika PAS menang sekali pun PRU14 di beberapa DUN dan Parlimen berseorangan – ia tidak lebih hanya memberi jawatan, gaji dan pangkat kepada pemimpinnya – tak sedikit pun akan menguntungkan rakyat.

Hilang akal pertimbangan waras agaknya – Maaf, ini bukan masanya mahu berjudi kisah silam melontar tuduhan ke sana kemari – utamakan rakyat, utamakan rakyat!

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Hadi Awang bila nak taubat? baru cakap serupa bikin… – Shahbudin Husin

KLIK BACANajib orang pertama dihadap RCI 1MDB jika Pakatan Harapan menang PRU14, kata Muhyiddin

KLIK BACA: ‘Malaysia tidak perlu penyangak sebagai Perdana Menteri’

KLIK BACA: Tun Mahathir pertikai kenapa siasat Shafie baru sekarang?

KLIK BACA: Hadi terimalah hakikat Mahathir kini berjuang untuk kebaikan negara

KLIK BACA: Tun Mahathir ikrar akan selamatkan Penjawat Awam…