Penahanan Shafie Apdal dianggap sebagai satu rahmat buat PH yang melihat ia akan menjadi titik mula kebangkitan rakyat Sabah menolak Umno-Barisan Nasional, kata pewakilan Amanah Sabah Hamzah Abdullah. – Foto Suara Sabah

oleh Diyana Ibrahim

SABAH 21 Okt – Penahanan Presiden Warisan Sabah Shafie Apdal dianggap sebagai satu rahmat buat Pakatan Harapan (PH) yang melihat ia akan menjadi titik mula kebangkitan rakyat Sabah menolak Umno-Barisan Nasional, kata pewakilan Amanah Sabah Hamzah Abdullah.

Menyatakan soladaritinya kepada presiden Warisan itu yang ditahan reman berhubung dakwaan skandal penyelewengan dana persekutuan projek luar bandar Sabah, Hamzah menyifatkan tindakan tersebut hanya akan memakan diri Umno kembali.

“Penahanan Shafie akan memakan diri dan mengenai balik BN. Dan percayalah tuan puan, rakyat Sabah biasa dengan tukar kerajaan.

“Dan kali ini 25 kerusi BN yang mereka anggap Sabah sebagai ‘kerusi fixed deposit’ akan jadi mimpi ngeri untuk BN,”

“Sabah ini lah yang menyelamatkan BN pada PRU13 (Pilihan Raya Umum Ke-13). Dan kali ini Sabah akan meneruskan agenda mengubah kerajaan Umno BN,” katanya semasa membahaskan usul menyokong ucapan dasar presiden pada Konvesyen Amanah di Alor Setar hari ini.

Keyakinannya itu, kata Hamzah berdasarkan sejarah politik Umno Sabah disifatkannya berulang kembali.

“Apa yang berlaku di Sabah sekarang ini sama ulangannya seperti tahun 1985. Ketika itu tokoh daripada kerajaan bersama BN dipecat dan beliau tubuhkan Parti Bersatu Sabah dengan slogan Sabah for Sabahans,” katanya.

Hamzah merujuk kepada Presiden PBS Joseph Pairin Pitingin yang dipaksa meninggalkan partinya ketika itu, Berjaya, kerana lantang mengkritik dasar kerajaan negeri Sabah. Joseph kemudiannya menubuhkan PBS dan berjaya merampas kepimpinan negeri daripada BN dalam Pilihan Raya Negeri 1985, antara “keajaiban” politik yang pernah berlaku di negeri itu.

Katanya senario yang sama juga boleh berlaku pada Amanah yang dilihat tidak mampu bersendirian dalam perjuangan politik.

“Apabila sebuah negeri dimenangi Amanah tetapi Putrajaya masih di tangan BN, ketika itu cengkaman akan terus dilakukan, sebagaimana yang kita lihat berlaku di Terengganu dan Kelantan dimana hak royalti milik rakyat dinafikan

“Ia memberi isyarat kepada kita bahawa Warisan tak mampu bersedirian dalam perjuangan ini dan kita dari Parti Amanah akan terus mendekati mereka untuk bersama PH.” – Read more The Malaysian Insight

KLIK BACA: Shafie ditahan cubaan lumpuhkan Parti Warisan Sabah, dakwa Tun Mahathir

KLIK BACANajib orang pertama dihadap RCI 1MDB jika Pakatan Harapan menang PRU14, kata Muhyiddin

KLIK BACA: Tun Mahathir pertikai kenapa siasat Shafie baru sekarang?

KLIK BACA: Saya tak hina semua Bugis yang baik ada, penyangak pun ada – Tun Mahathir

KLIK BACA: Hadi terimalah hakikat Mahathir kini berjuang untuk kebaikan negara

KLIK BACA: Tun Mahathir ikrar akan selamatkan Penjawat Awam…