PAS Kedah menggugurkan Mahfuz Omar sebagai calon PRU14 kerana rapat dengan Pakatan Harapan. – Foto Dato Mahfuz Omar Facebook

ALOR SETAR 21 Okt – Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar akan digugurkan daripada senarai calon pilihan raya akan datang PAS di Kedah selepas dia dilaporkan dilihat menghadiri konvensyen Amanah di Alor Star, lapor Malaysiakini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu wartawan yang Mahfuz dilihat rapat dengan Pakatan Harapan.

Mahfuz menghadiri ceraman yang di adakan di Alor Setar di mana penceramah utama malam semalam adalah Pengerusi Bersatu dan Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad.

“Saya boleh sahkan yang Mahfuz tidak ada dalam senarai calon PAS untuk pilihan raya akan datang. Dia boleh cari platform lain.

“Jika dia sudah bersama Pakatan Harapan, dia tak akan jadi calon PAS,” kata Muhammad Sanusi pada sidang media hari ini.

Muhammad bagaimanapun enggan mengulas sama ada tindakan tatatertib akan diambil kepada Mahfuz.

Sementara itu, PAS mengatakan parti Islam itu akan bertanding di semua 36 kerusi DUN dan 15 Parlimen di Kedah.

“PAS sedia untuk merampas Kedah daripada Barisan Nasional dan akan bertanding di semua kawasan. Jika Pakatan juga mahu bertanding, kita akan bertanding tiga penjuru,” katanya.

KLIK BACANajib orang pertama dihadap RCI 1MDB jika Pakatan Harapan menang PRU14, kata Muhyiddin

KLIK BACA: Tun Mahathir pertikai kenapa siasat Shafie baru sekarang?

KLIK BACA: Saya tak hina semua Bugis yang baik ada, penyangak pun ada – Tun Mahathir

KLIK BACA: Hadi terimalah hakikat Mahathir kini berjuang untuk kebaikan negara

KLIK BACANajib ‘bijak’ tak usah tanya peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir ikrar akan selamatkan Penjawat Awam…

KLIK BACA: Kuasa beli jatuh, Mahathir jelaskan bagaimana GST dapat dihapuskan!