Khairy Jamaluddin mempertikai pandangan Jamal Nasir bahawa JDT bukan punca Harimau Malaya merosot.

PUTRAJAYA 20 Okt: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan punca utama di sebalik kemerosotan prestasi dan ranking skuad kebangsaan di persada antarabangsa.

“Pandangan segelintir bekas pemain kebangsaan yang menyalahkan JDT, kurang tepat dan tidak masuk akal. Adakah kalau pasukan Sepanyol kalah kita nak salahkan Barcelona atau Real Madrid? Sepatutnya kita terus memberikan galakkan kepada pasukan negeri dan kelab lain untuk mencontohi dan menjadi seperti JDT.

“Memang adakalanya pemain kebangsaan terpaksa berada di bangku simpanan tetapi mereka terdedah kepada kejohanan yang tidak disertai pasukan lain seperti Piala AFC dan sebagainya.

“Jadi, bagi saya dakwaan itu datangnya daripada mereka yang iri hati dan mungkin ada agenda tersirat ingin menyindir kepemimpinan FAM.

“Seperti mana saya nyatakan sebelum ini, kita kena terus bagi sokongan kepada FAM. Masalahnya peminat bola sepak kita sekarang mahu melihat kejayaan datang terlalu cepat. Bila kita mengharap kejayaan datang terlalu cepat maka itu akan menjadi masalah utama kepada bola sepak negara,” katanya.

Semalam, bekas pertahanan skuad Olimpik Moscow 1980, Datuk Jamal Nasir Ismail mendakwa antara punca kemerosotan prestasi dan ranking skuad kebangsaan disebabkan penghijrahan pemain bintang tempatan ke skuad Harimau Selatan itu.

Menurutnya, kemerosotan itu dapat dilihat sebaik tonggak kebangsaan yang begitu menyerlah sebelum menyertai JDT seakan kehilangan sentuhan apabila mereka kembali beraksi bersama Harimau Malaya.

Katanya, tindakan JDT ‘menyapu bersih’ semua pemain hebat tempatan yang kemudiannya sekadar memanaskan bangku simpanan, cukup merugikan terutamanya buat skuad kebangsaan.

Justeru, Khairy menggesa semua pihak terutama bekas pemain kebangsaan supaya berhenti mengkritik JDT dan pengurusan FAM berhubung prestasi buruk skuad Harimau Malaya dan kemerosotan ranking dunia.

“Saya berharap suara-suara bekas pemain kebangsaan berhenti daripada terus lantang mengkritik Tunku Ismail dan FAM biarpun kita hargai pandangan mereka sebagai orang lama.

“Pada saya, mereka sepatutnya berehat di ‘muzium’, berilah generasi baharu mengendalikan bola sepak negara,” katanya. – Sumber BHOnline

KLIK BACANajib ‘bijak’ tak usah tanya peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Kuasa beli jatuh, Mahathir jelaskan bagaimana GST dapat dihapuskan!

KLIK BACABellew letak jawatan kerana campur tangan Najib dalam urusan MAS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir ikrar akan selamatkan Penjawat Awam…

KLIK BACA: Najib satu-satunya PM jual tanahhak milik kekal kepada negara asing, kata Mukhriz

KLIK BACA: Wanita dituduh skandal Ketua Pengarah SPRM tampil beri penjelasan