ALOR SETAR 20 Okt: Tindakan pantas seorang anggota trafik menahan pemandu wanita yang tidak menyedari keretanya terbakar, menyelamatkan mangsa daripada kecederaan.

Guru berusia dalam lingkungan 20-an itu dikesan memandu kereta jenis Toyota Vios milik rakannya di bulatan Telok Wanjah di sini, kira-kira jam 4.30 petang tadi lapor BHOnline.

Mangsa dikatakan tidak menyedari kereta dipandunya terbakar sehinggalah ditahan anggota polis trafik yang mengawal lalu lintas di bulatan berkenaan.

Sebaik dimaklumkan oleh anggota polis terbabit, mangsa segera keluar menyelamatkan diri.

Secara kebetulan, sepasukan anggota Pasukan Bomba Sukarela yang dalam perjalanan pulang selepas bertugas terlihat kejadian itu dan membantu memadamkan api.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Arizal Mahmud, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 4.40 petang, sebelum sembilan anggota bersama Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan Unit Bermotor (RIM) tiba di lokasi.

KLIK BACANajib ‘bijak’ tak usah tanya peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Kuasa beli jatuh, Mahathir jelaskan bagaimana GST dapat dihapuskan!

KLIK BACABellew letak jawatan kerana campur tangan Najib dalam urusan MAS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir ikrar akan selamatkan Penjawat Awam…

KLIK BACA: Najib satu-satunya PM jual tanahhak milik kekal kepada negara asing, kata Mukhriz

KLIK BACA: Wanita dituduh skandal Ketua Pengarah SPRM tampil beri penjelasan