Kapten Izham Ismail dinamakan CEO baharu Malaysia Airlines menggantikan Peter Bellew yang meletak jawatan. – Foto The Rakyat Post

KUALA LUMPUR 20 Okt: Malaysia Airlines Bhd (MAB) menamakan Kapten Izham Ismail sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) yang baharu berkuat kuasa serta merta.

BHOnline melaporkan MAB dalam satu kenyataan hari ini berkata, Izham yang kini adalah Ketua Operasi Kumpulan (COO) akan menyandang jawatan GCEO pada 1 Disember 2017, menggantikan Peter Bellew yang kini dalam cuti pentadbiran.

MAB berkata keputusan melantik Izham mengetuai syarikat penerbangan nasional itu adalah selaras dengan pelan penggantian yang diputuskan syarikat sebagai sebahagian daripada 12 perkara dalam Pelan Pemulihan Malaysian Airlines (MRP).

Izham mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam bidang penerbangan dan memulakan kerjayanya sebagai juruterbang di Malaysia Airlines pada tahun 1979.

Beliau memecahkan rekod penerbangan apabila menerbangkan pesawat pertama B777-200 Malaysia Airlines daripada Seattle, Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur dan kembali semula ke Seattle.

Penerbangan itu mencatatkan rekod dunia bagi penerbangan paling lama dan penerbangan paling pantas mengelilingi dunia oleh pesawat komersial dengan jumlah penerbangan selama 41 jam 59 minit merangkumi jarak 23,310 batu.

Dalam kenyataan yang sama, Izham berkata beliau gembira dengan kepercayaan yang diberikan untuk menerajui posisi CEO.

“Saya telah bersama dengan Malaysia Airlines sepanjang perjalanan karier saya dan ia telah dianggap sebagai keluarga saya.

“Ia adalah tanggungjawab yang besar untuk membantu syarikat penerbangan nasional ini dan dalam masa yang sama, saya bersedia untuk menghadapi cabaran yang ada.

“Kita berada dalam landasan untuk pembaharuan menyeluruh sebagaimana yang digariskan dalam MRP dan saya saya teruja untuk bekerja dengan rakan sekerja di MH untuk menjadikan syarikat ini kembali menjadi kebanggaan rakyat Malaysia,” katanya.

Sebagai CEO Kumpulan, Izham akan disokong oleh barisan pengurusan kanan yang kuat terdiri daripada Ketua Pegawai Kewangan, Omar Siddiq; Ketua Pegawai Komersial, Arved von zur Muehlen; Ketua Pegawai Penerangan, Tan Kok Meng dan Penasihat Eksekutif, Nik Azli Abu Zahar.

KLIK BACANajib ‘bijak’ tak usah tanya peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Kuasa beli jatuh, Mahathir jelaskan bagaimana GST dapat dihapuskan!

KLIK BACABellew letak jawatan kerana campur tangan Najib dalam urusan MAS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir ikrar akan selamatkan Penjawat Awam…

KLIK BACA: Najib satu-satunya PM jual tanahhak milik kekal kepada negara asing, kata Mukhriz

KLIK BACA: Wanita dituduh skandal Ketua Pengarah SPRM tampil beri penjelasan

SHARE