PUTRAJAYA 20 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha kerajaan mula menampakkan hasil apabila pendapatan rakyat dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 dan pertengahan M40 meningkat dengan begitu ketara.

“Malah, kadar kemiskinan terus menurun,” kata Najib dalam catatan terbaru di blog NajibRazak.com mengenai pendapatan rakyat.

Kumpulan B40 merujuk kepada isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,860 manakala M40 adalah kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,860 hingga RM8,319.

Najib berkata menurut Unit Perancang Ekonomi, purata pendapatan seisi rumah kumpulan B40 meningkat sebanyak 76% pada tahun 2014 sejak tahun 2009 manakala golongan M40 pula, purata pendapatan seisi rumah meningkat hampir 60% untuk tempoh yang sama.

Dari segi purata pendapatan pekerja dalam setiap sektor, kaji selidik Jabatan Perangkaan menunjukkan peningkatan pendapatan sebanyak 20% pada tahun 2016 dalam tempoh 3 tahun sebelumnya, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

“Ini antara tanda yang kedudukan kewangan pekerja secara keseluruhannya semakin baik,” katanya.

Menurut perdana menteri, meskipun peningkatan itu merupakan kejayaan inisiatif kerajaan seperti program peningkatan pendapatan di luar bandar, kenaikan gaji minimum, dan juga pelbagai program keusahawanan, namun semangat daya saing dan usaha keras rakyat untuk meningkatkan pendapatan mereka merupakan penyumbang terbesar kejayaan itu.

“Oleh demikian, pupuklah semangat daya saing atas dasar yang kita percaya, yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang.

“Sama-samalah kita bangunkan ekonomi negara kerana ia tidak dapat dijayakan dengan usaha satu pihak sahaja,” kata perdana menteri. – Bernama

KLIK BACANajib ‘bijak’ tak usah tanya peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Kuasa beli jatuh, Mahathir jelaskan bagaimana GST dapat dihapuskan!

KLIK BACABellew letak jawatan kerana campur tangan Najib dalam urusan MAS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir ikrar akan selamatkan Penjawat Awam…

KLIK BACA: Najib satu-satunya PM jual tanahhak milik kekal kepada negara asing, kata Mukhriz

KLIK BACA: Wanita dituduh skandal Ketua Pengarah SPRM tampil beri penjelasan