Dr Mahathir mendakwa Najib cuba meletakkan kelemahan pentadbirannya di atas bahu rakyat dengan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). – Foto FMT

SERI KEMBANGAN 19 Okt – Malaysia tidak perlukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan ia boleh dihapuskan tanpa menjejaskan pendapatan kerajaan atau membebankan rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya hari ini.

Menurut Mahathir, kerajaan Najib melaksanakan GST untuk menampung kerugian akibat penyelewengan dana awam yang dibelanjakan untuk dasar-dasar populis.

Katanya, ini termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tajaan program, dan pemberian wang persaraan untuk golongan yang tidak layak.

“Kerajaan Perdana Menteri Najib Razak tidak mempunyai wang yang cukup kerana penyelewengan dalam pengurusan dana kerajaan yang digunakan untuk meraih populariti untuk diri sendiri,” katanya.

Menurut Mahathir, tindakan Najib menaikkan gaji penjawat awam, menambah jumlah penjawat awam kepada 1.6 juta serta menubuhkan agensi-agensi dengan peruntukan yang besar seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah menjejaskan lagi dana kerajaan.

“Semua pihak yang mendapat untung daripada pemberian Najib mungkin berasa gembira. Namun sebenarnya peningkatan pendapatan itu tidak begitu menguntungkan mereka.

“Ini kerana kesan langsung peningkatan gaji mereka selalunya menyebabkan kenaikan kos hidup. Dalam kata lain, peningkatan gaji tidak meningkatkan kemampuan membeli mereka.

“Yang penting bukannya berapa banyak gaji seseorang. Yang penting adalah kemampuan membelinya. Apabila kos barangan dan perkhidmatan meningkat, pendapatan tambahan yang diperoleh seseorang tidak begitu bermakna,” kata Mahathir.

Untuk mengatasi beban kekurangan dana, kerajaan perlu mengurangkan defisit dengan menghapuskan kepercayaan bahawa wang mampu membeli populariti, mengurangkan kos dan menampung kerugian 1MDB, kata Mahathir.

Mahathir menambah, kebanyakan penerima BR1M mampu hidup tanpa BR1M dan pemberian BR1M seharusnya ditukar kepada elaun untuk golongan miskin yang tidak mempunyai pekerjaan.

“Jumlah sebenar bantuan kepada golongan miskin tegar seharusnya dinaikkan dan diberikan setiap bulan, bukannya setahun sekali,” katanya.

Berkenaan elaun kepada nelayan, Mahathir berkata tindakan yang tepat untuk dilakukan adalah meningkatkan usaha penguatkuasaan dalam memastikan nelayan asing tidak menceroboh perairan negara sekaligus membolehkan golongan nelayan tempatan meraih pendapatan yang lebih tinggi.

“Pelbagai lagi elaun seumpamanya perlu dikaji semula atau dimansuhkan. Kenaikan gaji penjawat awam tidak seharusnya datang dengan kemerosotan nilai wang. Ada cara lain untuk melaksanakannya.

“Jika kerajaan berhemah dalam pengurusan dana kerajaan, kekurangan dana tidak seharusnya terjadi. Pengenalan cukai baru boleh dielakkan,” katanya.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, di bawah pentadbiran Najib, ekonomi negara sangat bermasalah kerana perbelanjaan tidak berhemah dan tidak terurus.

“Jika Najib bijak menguruskan kewangan, GST tidak perlu dikenakan terhadap rakyat,” katanya.

Dr Mahathir berkata, GST telah mengurangkan kuasa beli rakyat dan menjadikan rakyat lebih miskin.

“GST adalah cara untuk rakyat mengkayakan kerajaan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan di bawah Najib terpaksa menanggung beban hutang termasuk 1MDB dan beban itu dipindahkan kepada rakyat menerusi GST.

“Kerajaan Najib sebenarnya menyuruh rakyat termasuklah mereka yang tidak layak bayar cukai pendapatan untuk membantu kerajaan ‘bail out’,” katanya.

Katanya, tidak salah Najib didesak meletak jawatan kerana Najib juga pernah mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan Perdana Menteri.

“Sebelum ini, kita tidak pernah mendengar kehidupan mewah seorang Perdana Menteri. Sokongan terhadap Najib juga lebih teruk berbanding Pak Lah. Jadi atas alasan ini dan alasan-alasan lain, Najib patut berundur,” tulisnya di blog, chedet.cc pada Mac, 2015 seperti dilapor portal FMT.

KLIK BACA: Najib satu-satunya PM jual tanahhak milik kekal kepada negara asing, kata Mukhriz

KLIK BACA: Nik Abduh sindir Mahathir hanya orang ‘otak senget’ gelar Bugis lanun?

KLIK BACA: MYKMU tuntut Mahathir minta maaf hina Najib Bugis

KLIK BACA: Tahan Mahathir di bawah Akta Hasutan, gesa seorang AJK PAS Pusat

KLIK BACA: Wanita dituduh skandal Ketua Pengarah SPRM tampil beri penjelasan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE