Jamal Yunos bersama beberapa ahli korporat yang enggan dikenali memperuntukkan RM5,000 setiap hari untuk memberi makanan dan minuman percuma kepada 1,000 warga kota selama 3 tahun. – Foto FMT

KUALA LUMPUR 16 Okt – Pemimpin Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamad Md Yunos hari ini membekalkan makanan percuma.

Ikrarnya jamuan percuma akan diberikan kepada 1,000 rakyat setiap hari selama tiga tahun, kecuali Sabtu dan Ahad. Beliau membuat janji itu sempena dengan perasmian Restoran Gabungan NGO 1Malaysia hari ini.

Katanya, usaha itu dibuat berikutan keinsafan bahawa harta dunia tidak boleh dibawa ke akhirat.

“Kesedaran ini datang dari sahabat saya, yang telah meninggal dunia dua bulan lepas, ketika saya kebumikan dia itulah datang kesedaran.

“Dalam dunia ini berapa banyak pun harta yang kita cari tak pergi ke mana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Restoran Gabungan NGO 1Malaysia di Jalan Pahang Kuala Lumpur hari ini.

Jamal berkata, beliau menerima sumbangan daripada pelbagai golongan korporat yang tidak mahu dikenali bagi membolehkan usahanya dijalankan.

Jamal turut menganggarkan perbelanjaan pengurusan makanan adalah sebanyak RM5,000 sehari berdasarkan harga sepinggan nasi berserta lauk adalah kira-kira RM5.

Restoran yang terletak di Jalan Pahang bersebelahan McDonalds itu beroperasi dari Isnin hingga Jumaat antara jam 11 pagi hingga 3 petang dengan menampil tujuh menu yang sentiasa bertukar.

Restoran tersebut mempunyai konsep makan sampai kenyang dan pengunjung perlu mencuci pinggan mereka sendiri.

FMT melaporkan Jamal menolak bahawa usahanya itu mempunyai unsur politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Nota berkecuali Ana Ghoib: Idea air percuma kerajaan PH sudah berjaya menambat jutaan rakyat Selangor.

Jika Jamal mahu lebih berjaya dengan gula-gula percumanya elok dibikin restoran sama di Shah-Alam ibu negeri tetapi dibimbangi kena halau peniaga pula kerana boleh menjejaskan perniagaan mereka.

Bagus memang bagus usaha Jamal tetapi pada sisi  ‘GRAND-SCALE’ ikhlas tak usah bermuka-muka lebih elok jika Jamal menggesa Najib the Boss Sivaji menurunkan GST 3-4% yang faedahnya dapat dinikmati seluruh Malaysia tetapi dibimbangi kena pecat pula seperti MB Kedah Mukhriz yang berani membuka mulut.

TETAPI jangan bimbang tokoh koporat Jolok bilionair ‘taste tinggi goyang kaki’ boleh payung lagi untuk extend 7 tahun pun tak akan habis!

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s – Jangan marah nanti kena jual…

KLIK BACA: Tahan Mahathir di bawah Akta Hasutan, gesa seorang AJK PAS Pusat

KLIK BACA: Orang Jepun bunuh diri dituduh rasuah, orang kita tersenyum – Dr Mahathir

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak faham bahasa sindiran, agaknya duit rakyat dengan duit sendiri pun tak tahu beza?

KLIK BACA: Tun Mahathir cadang tubuh satu lagi 1MDB

KLIK BACANajib dan Zahid diarah mahakamah fail pembelaan saman berkaitan derma RM2.6 bilion

KLIK BACA: Cubaan melemahkan Mahathir tak menjadi, Umno gagal pasarkan Najib sebagai produk berguna, baik dan bermanfaat

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE