Muhtar Suhaili mahu Tun Dr Mahathir Mohamad ditahan mengikut Akta Hasutan berhubung ucapannya pada Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi. – Foto Antarapos

KUALA LUMPUR 16 Okt – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili berkata, bekas perdana menteri itu jelas bukan sahaja menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi adalah melampau dan kurang ajar.

“Saya menyeru pihak berkuasa untuk menahan Tun M (Dr Mahathir) di bawah Akta Hasutan 1948.

“Lebih menjengkelkan hadirin di himpunan tersebut turut bersorak dan seolah-olah bersetuju dengan sikap rasis yang ditunjukkan Tun M,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatkan di Harakahdaily.

Mahathir dalam ucapannya dipetik berkata: “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis.”

Menurut Muhtar yang juga adalah bendahari Pemuda PAS, sikap Mahathir itu tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang negarawan.

“Ini bukan ajaran Islam! Melayu, Cina, India, Mamak, Bugis, Jawa, Banjar, Iban, Kadazan dan semua bangsa sama di sisi Allah melainkan taqwa!

“Lebih daripada itu, ini juga bukan ucapan seorang negarawan yang ingin mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam negara. Bahkan beberapa Sultan di Malaysia juga beketurunan Bugis,” katanya.

Himpunan “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” diadakan bagi memberi penerangan mengenai skandal kewangan 1MDB hasil cetusan idea Najib.

Ia kini menjadi siasatan di beberapa negara termasuk Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang mendakwa sebanyak AS$4.5 bilion diselewengkan dan sebahagian dana itu telah disalurkan menerusi sistem kewangan negara itu.

DOJ telah memfailkan beberapa saman sivil sejak tahun lalu untuk merampas dakwaan hasil penyelewengan dan juga mendedahkan pada pemfailan mahkamah bahawa siasatan jenayah sedang dijalankan.

Saman pelucuthakan sivil DOJ mengaitkan “Malaysian Official1” (MO1) dalam skandal 1MDB dan memaklumkan bahawa sebahagian dana firma pelaburan negara Malaysia itu telah dialihkan melalui akaun banknya dan digunakan untuk membeli berlian kepada isterinya.

Nota berkecuali Ana Ghoib: Aku pun kacukan dari 11 keturunan Arab, Melayu Riau, Jawa, Cina dan Bugis – justeru bagus juga ungkit-mengungkit keturunan ini bagi tujuan pelajaran, mengingatkan dan mengubah sejarah nenek moyang sebelum dan sesudah Islam dari apa yang buruk kepada yang baik.

Memang agak kasar sindiran Mahathir mungkin stress sejak berdekad dikecam musuh politik sebagai Kutty namun beliau menyambutnya dengan senyuman tanpa perlu membikin akta sakit hati yang boleh mendenda RM50K atau penjara 2 tahun.

Pun begitu ketahuilah di Malaysia gelaran lanun Bugis itu dianggap penghormatan lambang keberanian malah ada kelab sukan & rekreasi menamakan pertubuhan mereka lanun Bugis.

Kecualilah kalau kamu betul-betul lanun Bugis Selat Melaka-Makassar-Jawa atau Selat Taiwan yang masih aktif mungkin akan terasa canggung disinggung tetapi itu biasa apatah lagi sindiran dan kiasan di pihak PAS tak kurang kejinya anjing, babi, kepala taik bagai…

Tak perlu sebut apa kem Umno pula kutuk Mahathir butir demi butir nanti Ana Ghoib pula ke dalam sebab ‘mereka sangat berkuasa’ – jadi kena puji melangit dan gunakan politik matang ala-PAS untung dunia akhirat belum tentu.

*Untuk makluman Selat Taiwan banyak ikan dan tempat kapal orang kaya Jolok Cina Tembam dilabuhkan kadang-kadang dikesan berlayar ke Gold-Coast bukan Morib tapi Australia.

Akhirul kalam – kalian umat Melayu jauhilah syirik manusia [tersembunyi] dengan sebabnya kalian berbalah.

Firman Allah: Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka Nabi Soleh (menyeru mereka dengan berkata): “Sembahlah kamu akan Allah!” Maka tiba-tiba mereka menjadi dua puak yang berbalah. – (An-Naml 27:45)

Penutupnya takutlah akan Allah ar-Raqib: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai.

Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. – (An-Nisaa’ 4:1)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s – Aku demam….

KLIK BACA: Tauliah ditarik, Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor

KLIK BACA: Tahan Mahathir di bawah Akta Hasutan, gesa seorang AJK PAS Pusat

KLIK BACA: Wanita dituduh skandal Ketua Pengarah SPRM tampil beri penjelasan

KLIK BACA: Jamal kongsi belanja RM5K sehari beri makan percuma kepada 3 ribu orang selama 3 tahun.

KLIK BACA: Orang Jepun bunuh diri dituduh rasuah, orang kita tersenyum – Dr Mahathir

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak faham bahasa sindiran, agaknya duit rakyat dengan duit sendiri pun tak tahu beza?

KLIK BACA: Tun Mahathir cadang tubuh satu lagi 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE