Kes video tular memaparkan gambar wanita dan pegawai atasan SPRM didakwa mempunyai hubungan sulit sehingga menyebabkan perceraian dengan suaminya. – Foto The Malaysian Insight

PUTRAJAYA 13 Okt, 2017 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan satu pasangan baru bercerai menafikan dakwaan kecurangan melibatkan seorang pegawai atasan SPRM menjadi punca perceraian itu.

Kedua-dua pihak menafikan dakwaan sebuah video disiarkan dalam YouTube yang tular dan kini sedang disiasat polis.

Pasangan itu dalam sebuah catatan di Facebook pada 10 Oktober lalu menafikan perceraian mereka berlaku kerana si isteri mempunyai hubungan dengan seorang pegawai SPRM.

Mereka mengatakan perceraian itu adalah keputusan bersama dan hal dalaman keluarga yang tidak mempunyai kaitan dengan pegawai SPRM terlibat.

Mereka menyifatkan pihak bertanggungjawab membuat dakwaan, menghebahkan dan memanipulasikan perceraian mereka sebagai “keji”.

“Kami memohon kepada semua pihak untuk menghormati keputusan yang kami buat kerana perkara ini adalah sesuatu yang bersifat terlalu peribadi. Kami dengan rendah diri memohon kepada semua pihak untuk menghormati kehidupan peribadi kami, khususnya anak-anak serta seluruh ahli keluarga kami.

“Kami amat kesal dengan tindakan pihak tertentu yang tidak berperikemanusiaan yang telah sanggup mendedahkan identiti anak-anak kami melalui video tersebut.

“Don’t drag our children to this dirty games of yours,” kata pasangan itu menjelaskan yang mereka mengeluarkan kenyataan itu bagi melindungi anak-anak mereka disebabkan video berkaitan perceraian mereka tular.

Pasangan itu juga mengatakan mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak bertanggungjawab atau sesiapa sahaja yang masih mahu menggunakan kes perceraian mereka demi kepentingan dan agenda peribadi.

Video yang berdurasi hampir tiga minit itu mendakwa yang wanita dan suaminya yang baru sahaja bercerai pada 28 September di Mahkamah Rendah Syariah Ulu Klang berpunca daripada kecurangan si isteri.

Video itu menunjukkan beberapa keping gambar wanita itu yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang lelaki yang dikatakan pegawai SPRM. Beberapa gambar dalam video itu termasuklah gambar wanita itu bersama keluarganya termasuklah dua anak mereka yang masih kecil

Video itu turut meletakkan beberapa kepingan klip video lama seorang pegawai kanan SPRM. Dalam satu klip video itu, pegawai itu bercakap dengan lelaki dan wanita yang pegangan agama dianggap sesat dan tidak mahu bertaubat. Sebuah lagi klip menunjukkan pegawai itu mendeklamasikan sajak berkaitan integriti.

Pertanyaan dan kenyataan yang ditujukan kepada pegawai SPRM terbabit juga dimasukkan antara klip dan gambar dalam video itu, seperti “bagaimana anda boleh musnahkan keluarga ini?” dan “Tak kesian ke pada anak-anak mereka?”

Pada Ahad lalu, seorang pegawai pemasaran berusia 37 tahun di Kuala Lumpur membuat laporan polis di Sentul selepas melihat video itu.

Dia menggesa poilis menyiasat sama ada dakwaan melibatkan pegawai atasan SPRM itu adalah benar dan mengambil tindakan selanjutnya.

Dakwaan itu pertama kali dilaporkan akhbar Sin Chew Daily yang melaporkan polis sudah mengesahkan menerima laporan dan kes itu sudah dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Persekutuan Bukit Aman.

Seorang jurucakap SPRM dilaporkan berkata hari ini yang dakwaan pegawai itu menggoda isteri orang adalah tidak benar.

Menggoda wanita berkahwin adalah kesalahan di Malaysia di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan. Mereka yang bersalah boleh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Dakwaan itu timbul ketika SPRM sedang hebat mempergiatkan usaha memerangi rasuah dalam kalangan ahli politik dan pengawai atasan kerajaan.

Di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya Dzulkifli Ahmad yang mula memegang tampuk pengurusan agensi itu Julai tahun lepas, SPRM sudah menyiasat, menangkap dan mendakwa pengawai atasan kerajaan, ahli politik, pembantu menteri dan individu lain dalam beberapa kes rasuah berprofil tinggi. – Read more TMI

KLIK BACA: Satu lagi video muncul, Tamrin tuntut penjelasan berani SPRM

KLIK BACA: Najib dan Zahid diarah mahakamah fail pembelaan saman berkaitan derma RM2.6 bilion

KLIK BACA: Cubaan melemahkan Mahathir tak menjadi, Umno gagal pasarkan Najib sebagai produk berguna, baik dan bermanfaat

KLIK BACA: Kerajaan Umno tidak bersedia berterus terang dengan rakyat bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah sistemik. – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Siti Hasmah kenang jasa Tun Razak

KLIK BACA: “Mengampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE