Hafiz Hamidun dan Joy Revfa bakal bercerai. Hari sama Hafiz fail penceraian Joy Revfa mengalu-ngalukannya dan mendakwa suaminya itu tidak mampu memberi nafkah batin. – Video Utusan Online

Kuala Lumpur, 12 Okt –  Masalah antara penyanyi, Hafiz Hamidun dan usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa bakal berakhir apabila Hafiz memfailkan cerai terhadap isterinya itu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, hari ini lapor Harian Metro.

Penyanyi, Hafiz Hamidun, 33,  berkata, tidak wujud persefahaman antara mereka adalah antara alasan yang diberikan oleh Hafiz dalam pernyataan samannya selain mendakwa Joy Revfa melawan dan mengingkari segala suruhannya sebagai suami termasuk menjatuhkan imej dan reputasinya.

Mahkamah menetapkan 25 Oktober ini untuk sebutan bagi pendengaran kes itu.

Berhubung dakwaan Joy Revfa yang mereka pernah ‘bersama’, Hafiz berkata, wanita itu patut waras dan sedar dengan apa yang diperkatakannya.

Hafiz memaklumkan dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya Joy Revfa masih mengeluarkan kenyataan negatif berkaitan dirinya kepada umum namun buat masa sekarang dia hanya mahu fokus pada kes syariah.

Sementara itu di sidang media Joy yang diadakan di Pejabat Urusan Merve, Vista Alam, portal The Reporter melaporkan Joy berkata, tindakan Hafiz memfailkan perceraian itu seolah-olah menampakkan Hafiz mengaku perkahwinan mereka yang diragui selama ini adalah sah.

“Kenapa dia memfailkan perceraian, ini bermakna dia mengakulah saya ini isteri dia sedangkan kami masih menunggu lagi keputusan kes faraq,” katanya.

Selain itu juga, Joy berkata, Hafiz bukan ‘taste’ dia, malah menegaskan Hafiz bukan lelaki yang bertanggungjawab, tidak layak untuk dirinya dan tidak mampu memberi nafkah batin kepadanya.

Joy juga menafikan kononnya pernah mengeluarkan kenyataan sudah melakukan hubungan seks dengan Hafiz. Sebaliknya Joy hanya mengeluarkan di mana Hafiz menyentuhnya sahaja. Dalam masa yang sama, Joy meminta media dan beberapa laman blog berhenti menggunakan perkataan seks.

“Bagi saya dia bukan seorang suami yang bertanggungjawab, bersifat melindungi, yang baik untuk saya. Saya akan teruskan perceraian ini. Dia sememangnya tidak sesuai dan tidak layak menjadi suami saya. Dia tidak boleh memberi nafkah batin,” katanya.

Portal hiburan BeautifulNara pula melaporkan dalam sidang media itu peguam yang mewakili Joy dilihat mencelah apabila Joy menjawab beberapa pertanyaan media, memberitahu Joy masih berstatus isteri Hafiz, dan sebagai isteri dia tidak sepatutnya menjawab pertanyaan yang mengaibkan Hafiz.

Joy berkata Hafiz tidak menepati citarasanya tetapi dia menerima lamaran Hafiz kerana desakan ibunya.

Di hujung sidang media bagaimanapun, ketika ditanya oleh pemberita sama ada dia bersetuju jika Hafiz memfailkan perceraian, Joy memberitahu jika Hafiz dia mahu perceraian beliau sangat-sangat bersetuju kerana dia tidak mampu memberi dari segi batin.

Ditanya mengapa dia mengatakan Hafiz tergesa-gesa mahu berkahwin, Joy memberitahu ini kerana dia kata mahu bawa saya ke Makkah, mahu cepat dapat anak, semua yang indah-indah.

Sidang media itu disiarkan secara langsung di Facebook Harian Metro dan dilaporkan portal Utusan Online serta BHOnline.

Joy juga mendakwa sekiranya orang lain berada di tempatnya, tidak mungkin orang itu menghadapi semuanya sekuat dirinya.

KLIK BACANajib dan Zahid diarah mahakamah fail pembelaan saman berkaitan derma RM2.6 bilion

DIKEMASKINI: Zamihan direman 2 hari berdepan hukuman maksimum, denda RM5,000 atau penjara 5 tahun.

KLIK BACA: Cubaan melemahkan Mahathir tak menjadi, Umno gagal pasarkan Najib sebagai produk berguna, baik dan bermanfaat

KLIK BACA: Kerajaan Umno tidak bersedia berterus terang dengan rakyat bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah sistemik. – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Siti Hasmah kenang jasa Tun Razak

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE