Khairuddin menyaman Najib dan Zahid atas dakwaan mengelirukan rakyat mengenai sumber derma RM2.6 bilion serta melanggar sumpah penjawat awam. – Foto Zahid Hamidi Twitter

KUALA LUMPUR 12 Okt, 2017 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memfailkan pembelaan mereka berhubung saman RM2.6 bilion yang dikemukakan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Arahan itu dibuat oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi M Pavani susulan pengurusan kes hari ini. Beliau juga mengarahkan Najib dan Zahid untuk mengemukakan permohonan mereka untuk membatalkan saman itu, sekiranya memilih untuk berbuat demikian, sebelum 10 November.

Hakim Ahmad Zaidee Ibrahim menetapkan 15 November sebagai tarikh pengurusan kes.

Khairuddin diwakili peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar, manakala perdana menteri dan timbalannya diwakili oleh Yazid Mustaqim.

Dalam pernyataan tuntutannya, bekas pemimpin bahagian Umno itu menuduh kedua-dua mereka mengelirukan orang ramai mengenai sumber dana AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang berada dalam akaun bank peribadi Najib.

Justeru, kata Khairuddin, kedua-dua mereka melanggar sumpah jawatan kerana sebelum memegang jawatan PM dan TPM, Najib dan Ahmad Zahid telah melafazkan ikrar masing-masing mengikut Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, dana RM2.6 bilion berkenaan disebut sebagai derma atau sumbangan daripada seorang putera Arab Saudi dan ini disahkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

KLIK BACA: Tun Mahathir cadang tubuh satu lagi 1MDB

KLIK BACAPM ada 2.6 billion dalam akaun, jawapannya Kit Siang akan jadi Perdana Menteri, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Cubaan melemahkan Mahathir tak menjadi, Umno gagal pasarkan Najib sebagai produk berguna, baik dan bermanfaat

KLIK BACA: Kerajaan Umno tidak bersedia berterus terang dengan rakyat bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah sistemik. – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin



Tolong Komen & Share