Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihak Polis akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi yang akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya 14 Okt ini.

“Polis sudah adakan pertemuan dengan penganjur dan kami sudah maklumkan, kami tidak membenarkan himpunan itu berlangsung di padang.

“Kalau mereka enggan, tindakan sewajarnya akan diambil oleh pihak polis,” katanya namun tidak menjelaskan apakah tindakan yang akan diambil

Pakatan Harapan (HARAPAN) pula dilaporkan akan meneruskan rancangan mengadakan himpunan berkenaan.

HARAPAN menyasarkan kehadiran 100,000 orang pada himpunan yang berlangsung dari jam 4 petang hingga 12 tengah malam itu.

Polis berpendapat penganjur perlu menukar lokasi himpunan itu ke tempat lain dan cadangan yang diberi ialah Stadium Kelana Jaya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya menerima empat laporan daripada penduduk sekitar, selain kedudukan Padang Timur yang tidak sesuai untuk perhimpunan besar.

Kata Noor Rashid berdasarkan rekod lalu himpunan di Padang Timur menyebabkan kesesakan lalu-lintas yang teruk dan lokasi itu juga begitu hampir dengan laluan keluar masuk Lebuhraya Persekutuan.

Bagaimanapun beliau mengakui mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, polis tidak ada kuasa menghalang ia berlangsung.

Sementara itu mengulas cadangan Datuk Seri Jamal Md Yunos mahu menjual ikan sempena himpunan berkenaan, Noor Rashid berkata Ketua Umno Sungai Besar itu dinasihatkan jangan mengganggu keadaan di situ.

“Saya nak nasihatkan kepada beliau, jangan ganggulah. Jangan cuba mencetuskan keadaan huru-hara di tempat ini,” katanya.

KLIK BACANajib dan Zahid diarah mahakamah fail pembelaan saman berkaitan derma RM2.6 bilion

DIKEMASKINI: Zamihan direman 2 hari berdepan hukuman maksimum, denda RM5,000 atau penjara 5 tahun.

KLIK BACA: Cubaan melemahkan Mahathir tak menjadi, Umno gagal pasarkan Najib sebagai produk berguna, baik dan bermanfaat

KLIK BACA: Kerajaan Umno tidak bersedia berterus terang dengan rakyat bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah sistemik. – Datuk Kadir Jasin

KLIK VIDEO: Kantoi MB Selangor Azmin arah berhenti roboh rumah bekas AJK Masjid tapi pegawai berkeras?

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE