Kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat kesan GST dan kejatuhan nilai ringgit. – Foto FMT

oleh Ong Boon Teck | Kolum dari Media Cina Sinar Online | 12 Oktober, 2017

Akibat terpaksa menjelaskan pelbagai bil, pinjaman dan cukai, rakyat Malaysia sememangnya tidak mempunyai wang berbaki untuk buat simpanan.

“Walaupun kajian Jabatan Perangkaan mendapati pendapatan isi rumah bulanan purata bagi negara ini meningkat 6.2 peratus kepada RM6,958 pada 2016 daripada RM6,141 pada 2014.

“Tetapi jumlah perbelanjaan isu rumah bulanan purata turut meningkat daripada RM3,578 pada 2014 kepada RM4,033 pada 2016, naik sebanyak enam peratus,” kata Ketua Khidmat Rundingan Cukai dan Kewangan Great Vision Advisory Group, Datuk Chua Tia Guan.

Menurutnya, bagi golongan rendah dan pertengahan, sudah tentu amat sukar menabung dengan pendapatan kecil, lebih-lebih lagi untuk menandingi kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi.

“Kebanyakan rakyat di negara ini berbelanja melebihi pendapatan. Mereka hanya mampu mengawal perbelanjaan untuk kegunaan tempoh yang singkat, maka sebab itulah tidak mempunyai wang lebih bagi tujuan simpanan,” kata pakar ekonomi ini kepada China Press.

Bagi memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, Tian Guan mencadangkan golongan pekerja perlu berusaha dengan lebih gigih, termasuk meningkatkan skil kemahiran, ilmu pengetahuan dan mengubah sikap cara kerja.

“Peranan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti rakyat juga penting kerana apabila ia berlaku, sekali gus akan menambahkan pendapatan negara dan secara langsung pendapatan pekerja (rakyat) pun bertambah,” katanya. – Sumber Sinar Online

KLIK BACANajib dan Zahid diarah mahakamah fail pembelaan saman berkaitan derma RM2.6 bilion

DIKEMASKINI: Zamihan direman 2 hari berdepan hukuman maksimum, denda RM5,000 atau penjara 5 tahun.

KLIK BACA: Cubaan melemahkan Mahathir tak menjadi, Umno gagal pasarkan Najib sebagai produk berguna, baik dan bermanfaat

KLIK BACA: Kerajaan Umno tidak bersedia berterus terang dengan rakyat bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah sistemik. – Datuk Kadir Jasin

KLIK VIDEO: Kantoi MB Selangor Azmin arah berhenti roboh rumah bekas AJK Masjid tapi pegawai berkeras?

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE