Surat terbuka Ratu Naga atau Syarul Ema Rena mengimbas nostalgia di zaman beliau menjadi penyokong kuat Umno-BN di zaman Tun Mahathir dan tidak lagi sekarang.

oleh Ratu Naga | 11 Oktober, 2017

Kisah Dato Seri, Mykemut, Ratu Naga dan duit rakyat…

Dear Dato Seri, saya nak bawa Dato Seri mengimbau kembali zaman waktu saya bersama BN. Group saya paling kuat sehinggakan dalam kabinet nama saya selalu di sebut-sebut kerana berjuang tanpa bayaran tapi mampu menjadi paling terkuat dalam pro BN.

Dato Seri mesti tak aware masa saya dalam BN mereka suka serang saya sebab iri hati dan cuba jadi batu api kan? BN start lemah sejak Mykemut ni bertindak untuk serang saya dan saya hilang focus lawan musuh ketika itu. Nampak tak kesan impact batu api ni? Batu api mampu menghilangkan focus seseorang untuk istiqomah. Faham kan apa fungsi batu api?

Dulu kabinet Dato Seri ada pertikaikan kenapa perlu berbelanja berjuta-juta bayar pada unit media sebab mereka gagal banyak dalam mengalas tugas berbanding LLLM tak perlu dibayar tapi boleh jadi yang paling kuat. Alasan salah seorang bagi adalah untuk serap Ratu Naga jadi penasihat & strategies serta kekalkan bayar dedak pada yang lain supaya mereka tidak serang balik parti.

Ingat tak perbincangan ni? Saya tahu sebab saya di brief dengan isu ini masa di naikkan dulu

Tapi soalan saya Dato Seri, mykemut dah claims banyak portal untuk dapat bayaran RM2 juta lebih tiap tahun sebab itu peruntukan jika sesiapa ada portal pro parti. Setakat ini ada 15 lebih portal yang saya kenal pasti di bayar dengan jumlah tersebut, bayang berapa puluh juta duit rakyat dah di bazirkan untuk tujuan sia-sia ni?

Mereka daftar banyak portal tapi portal hantu, lepas tu depa kautim dengan bahagian pemantau untuk laporan supaya layak di bayar. Banyak duit kami ke situ di gunakan untuk pekara sia-sia.

Tapi Dato Seri tahu tak banyak portal yang di claim hanya tinggal nama portal saja tak berfungsi tapi Dato Seri tetap membayar tiap tahun? Dari saya BN sehingga saya PH, Dato Seri masih tak serik dengan perangai Mykemut ni. Dulu mereka ni guna wall mereka untuk tuduh saya di bayar PMO, lepas saya sokong PH mereka kata PMO tak pernah bayar saya. Mereka sendiri pun pening nak lawan saya? Macam mana ni Dato Seri?

Mereka selalu syok sendiri, wall komen kalangan mereka dan tak viral sampai ke akar umbi, tiap kali kalau lewat bayaran mereka stop kerja dan suka ugut bila tak dapat bayaran sampai dapat bayaran baru lah mereka bergerak.

Soalan, berapa lama Dato Seri nak kena di perbodohkan dengan kaum dedak ni? Kenapa mereka di panggil dedak? Sebab bila lapar tabur dedak baru berbunyi. Ada kah itu yang jadi pelindung Dato Seri?

Saya menulis bukan sebab nak main wayang ke apa ke atau merendah-rendahkan Dato Seri, tapi sebab saya rasa terhina, terhina sebab lawan saya bukan standard saya, di ibaratkan tak akan saya yang sempurna anggota nak bergusti dengan yang cacat kaki tangan? Dayus lah saya jika begitu

Saya dapat tahu Dato Seri dah stop bagi mereka dedak bulanan tapi pihak Dato Seri gantikan dengan project kepada kepala Mykemut sebab mereka banyak pekara mereka gagal bawa. Cadangan saya senang je, apa kata Dato Seri daftarkan mereka khrusus untuk belajar berfikir, di situ mungkin ada jalan atau cara nak bijakkan mereka.

Saya tidak mahu di gelar dayus dan pembuli. Saya cuma kesal duit kami di gunakan untuk bayar mereka yang di lihat seperti biawak hidup, kami tak redhakan tau.

Saya ingat kalau saya keluar BN saya boleh lawan BN dengan level saya, rupanya tidak. Sangkaan saya meleset, nampak tak sebab apa imej parti Dato Seri jadi macam ni? Sebab mereka sendiri yang burukkan apa yang dah buruk dan jadi makin buruk.

Malu kalau saya lawan dengan pihak lawan yang tak berkemampuan untuk lawan saya. Saya bukan pembuli, tapi saya seorang lawan yang petingkan standard sesebuah pertarungan

Harap Dato Seri fikir-fikirkan baik-baik. Cuba cari yang sama level dengan saya. Tak larat saya nak bertempur dengan orang bodoh. Terasa jatuh standard saya

Sekian nasihat dari saya kepada Dato Seri.

Yang ikhlas,
Ratu Naga

*Syarul Ema Rena atau Ratu Naga kini adalah Exco Wanita PKR Pusat sebelum ini merupakan agen penyokong kuat Umno-BN. Surat terbuka ini disiarkan di Facebook beliau [SINI] adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview.

KLIK BACA: Kerajaan Umno tidak bersedia berterus terang dengan rakyat bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah sistemik. – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Orang Jerman terima sejuta pelarian Islam tapi mereka minum arak – Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Kantoi MB Selangor Azmin arah berhenti roboh rumah bekas AJK Masjid tapi pegawai berkeras?

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE