oleh Hafiz Zainuddin

SELASA, 10 OKT: Baru-baru ini media melaporkan Parti Komunis China (CPC) memilih UMNO untuk menghantar wakil bagi berucap dalam kongresnya 18 Oktober depan.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ia merupakan kelangsungan hubungan kedua-dua parti pemerintah untuk saling bertukar-tukar pandangan.

Namun, cuba bayangkan apa yang bakal berlaku sekiranya DAP atau wakil kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang atau Selangor diberi penghormatan berbuat demikian soal Ahli Jawatankuasa DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji.

Beliau berkata, sudah pastinya DAP akan diserang habis-habisan kononnya menjadi tali-barut komunis China sebagaimana yang sering dimomokkan selama ini oleh jentera propaganda parti lawan itu.

“Cuba bayangkan jika parti komunis itu menjemput Lim Kit Siang berucap dalam kongres nasional mereka, sudah tentu media pro-BN akan memainkan propaganda jahat menyerang DAP pagi, petang, siang malam,” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Adun Mentakab itu berkata, UMNO-Barisan Nasional (BN) akan menggunakan apa sahaja muslihat jika memberi faedah kepada parti itu.

“Tapi jika perkara sama dilakukan oleh pihak pembangkang, sudah tentu pembangkang akan dicemuh dengan kata-kata nista, tidak bermaruah dan sebagainya,” katanya.

Dalam perkara berkaitan, Tengku Zul memandang sinis propaganda UMNO selama ini yang tidak habis-habis menyebar fitnah mengaitkan DAP sebagai parti komunis, cauvinis, anti-Melayu dan Islam.

Ini termasuk kempen fitnah jahat melalui pengedaran carta ‘Keluarga Komunis Malaya’ yang mengaitkan beberapa pemimpin DAP dengan pengasas Parti Komunis Malaya.

Carta fitnah yang mula tersebar dipercayai sejak tahun 2016 itu menunjukkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng; bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, dan Kit Siang sebagai sepupu dan kononnya mempunyai pertalian keluarga dengan pemimpin DAP lain seperti Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Anthony Loke, Tony Pua dan Lim Guan Eng.

“Tapi hari ini UMNO sendiri berbangga bila dijemput berucap di kongres Parti Komunis China,” sindir Tengku Zul. – Read more Roketkini.com

KLIK BACA: Zamihan mohon ampun dari Sultan Johor, ugut saman portal berita

KLIK BACA: KDN siasat pendakwah Zamihan Mat Zain kerana didakwa menghina Sultan Johor.

KLIK BACA: Orang Jerman terima sejuta pelarian Islam tapi mereka minum arak – Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Kantoi MB Selangor Azmin arah berhenti roboh rumah bekas AJK Masjid tapi pegawai berkeras?

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin



Tolong Komen & Share