PAS dilihat lebih banyak menyerang Pakatan Harapan dari Umno yang dipercayai sekutunya pada PRU14.

PULAU PINANG 11 Okt, 2017 – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata ikrar seorang pemimpin Umno untuk membantu PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1995 di Dewan Rakyat menunjukkan kedua-dua parti itu suka bekerjasama rapat.

Lim berkata ini menunjukkan kedua-dua parti itu berkemungkinan besar bekerjasama menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kebelakangan ini, kamu tidak nampak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerang Umno, tetapi sebaliknya beliau memilih untuk menyerang pembangkang.

“Kamu tidak nampak beliau menyerang hal berkaitan rasuah tetapi sebaliknya berterusan menentang parti pembangkang dan bukan Islam.

“Susah untuk saya percaya PAS boleh menafikan kerjasamanya dengan Umno. Malahan, mereka menggunakan bahasa yang sama kebelakangan ini,” kata ketua menteri itu kepada pemberita di Bukit Mertajam lapor FMT.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa sebelum ini dilapor berkata Umno sanggup bekerja dengan PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah). Pindaan itu pertama kali dicadang sebagai rang undang-undang ahli persendirian oleh Hadi tahun lepas adalah untuk memperkasa hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah ke atas pesalah.

Bagaimanapun, ahli veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ragu-ragu dengan kerjasama ini dan menyeru pimpinan parti mengkaji hubungan rapat dengan PAS bagi memastikan Umno tidak dikhianati buat kali kedua.

KLIK BACA: Zamihan mohon ampun dari Sultan Johor, ugut saman portal berita

KLIK BACA: KDN siasat pendakwah Zamihan Mat Zain kerana didakwa menghina Sultan Johor.

KLIK BACA: Orang Jerman terima sejuta pelarian Islam tapi mereka minum arak – Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Kantoi MB Selangor Azmin arah berhenti roboh rumah bekas AJK Masjid tapi pegawai berkeras?

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE