UMNO bersedia untuk bekerjasama dengan PAS bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, kata Annuar Musa. – Foto Malaysiakini

BACHOK 8 Okt, 2017 – Ketua Penerangan Umno itu berkata Umno dan PAS perlu lebih fleksibel dalam soal mencari titik persamaan demi kepentingan umat Islam dan pertelagahan yang berterusan tidak membawa sebarang keuntungan kepada rakyat termasuk di Kelantan.

“Jika PAS mahu bekerjasama atau membincangkan soal itu [RUU355], Umno sebenarnya tiada apa-apa masalah,” katanya kepada pemberita pada majlis santai bersama media di Bachok, lapor BERNAMA.

Annuar berkata walaupun Umno tidak boleh berkompromi dengan PAS dalam perkara-perkara tertentu masih banyak perkara lain yang boleh dibuat bersama melalui konsep ta’awun (tolong-menolong dalam kebaikan) seperti dalam meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada April mencipta sejarah apabila menjadi ahli parlimen dari kalangan pembangkang yang pertama dibenarkan membentang Rang Undang-undang Persendirian di Dewan Rakyat.

Pada hari terakhir sidang pertama tahun ini, Ahli Parlimen Marang itu membentangkan usulnya kepada kerajaan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali sebagai RUU355.

Hadi mahu kerajaan menaikkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah kepada penjara 30 tahun, denda sebanyak RM100,000 dan 100 sebatan.

Bagaimanapun, Speaker Pandikar Amin Mulia menghentikan perdebatan RUU355 sebelum mereka yang menentangnya menyampaikan hujah mereka, dan menangguhkan prosiding, menyebabkan kekecohan di Parlimen. Pandikar membuat pengumuman itu selepas Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan melengkapkan hujahnya terhadap usul itu.

Ulasan oleh Shahbudin Husin

UMNO kelihatannya benar-benar terdesak untuk menjalin kerjasama dengan Pas. Walaupun sudah diingatkan oleh Naib Presiden Pas, Idris Ahmad agar Annuar Musa jangan perasan dengan mengatakan kedua-dua parti mempunyai DNA yang sama, Ketua Penerangan UMNO itu nampaknya tidak berputus asa.

Kali ini beliau menjanjikan untuk membantu Pas sekali lagi dalam meminta Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 atau Akta 355.

Kahkahkah….ini janji betul-betul atau janji palsu?

Usul persendirian Akta 355 sudah pun dibentangkan oleh Hadi Awang sebagai usul persendirian dalam sidang Parlimen April lalu. Bagaimanapun ia tidak dibahaskan, sebaliknya Speaker telah menangguhkan persidangan dengan janji ia akan dibahaskan dalam sidang Parlimen berikutnya.

Bagaimanapun, dalam sessi Parlimen Julai lalu, tiada perbahasan berkenaan Akta 355 diadakan kerana ketika itu Hadi bercuti sakit berikutan baru selesai menjalani pembedahan injap jantungnya.

Sessi Parlimen seterusnya ialah hujung bulan Oktober ini, tetapi kali ini ia lebih tertumpu kepada perbahasan Bajet 2018 yang akan dibentangkan oleh Najib Razak selaku Menteri Kewangan pada 27 Oktober.

Dengan tumpuan lebih khusus kepada perbahasan Bajet 2018, sudah barang tentu tiada perbahasan berhubung Akta 355 dapat diselitkan dalam sessi kali ini.

Bermakna, untuk tahun 2017 ini tersangat tipis untuk melihat usul Hadi itu dapat dibahaskan.

Sidang Parlimen seterusnya mengikut kebiasaan akan diadakan sama ada pada Mac atau April 2018.

Adakah ketika itu perbahasan Akta 355 akan diberi ruang?

Kemungkinan juga tidak kerana mengikut jangkaan, jika tidak pada November ini, Parlimen dijangka akan dibubarkan sebelum Mac 2018 untuk membolehkan PRU 14 diadakan.

Habis…bila usul Akta 355 akan dibahaskan?

Tidak mungkin Najib dan UMNO berani membenarkan usul Akta 355 dibahaskan kerana parti-parti seperti MCA, MIC, Gerakan dan rakan komponen di Sabah serta Sarawak secara terbuka dan terang-terangan menentang pindaan akta berkenaan.

Sebagaimana kerajaan tidak berani mengambil-alih usul meminda akta tersebut untuk dijadikan sebagai usul kerajaan kerana ditentang oleh parti-parti komponen BN, meskipun sudah berjanji sebelumnya, berani potong kuku, Najib juga pasti takut membenarkan ia dibahas dan diundi kerana akan menyebabkan pergolakan dan perpecahan sesama sendiri dalam BN.

Jika dibenar diadakan undian, peningnya Najib tentu bukan kepalang. Kalau UMNO mengundinya, sokongan di Sabah dan Sarawak akan hilang. Tidak memberi sokongan pula, Pas yang akan melenting kemarahan.

Maka, membiarkannya tergantung sehingga pilihanraya diadakan adalah jalan selamat untuk Najib mendapat sokongan kedua-dua belah pihak.

Untuk itu, janji Annuar Musa kepada Pas untuk sekali lagi menyokong usul Akta 355 adalah sah janji palsu semata-mata.

Janji untuk menjadikan pindaan Akta 355 sebagai usul kerajaan pun tidak berani ditunaikan, tidak malukah UMNO sekali lagi melontarkan janji palsunya, kecuali jika Pas memang suka “dikencing” berkali-kali?

*Shahbudin Husin adalah penganalisis dan penulis buku politik terkenal. Artikel adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaReview.

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku kenal individu tawar RM5 juta kepada Syed Saddiq

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

KLIK BACASiti Hasmah kenang jasa Tun Razak

KLIK BACA: Benarkah Najib masa depan penjawat awam gelap jika Pakatan Harapan perintah? – Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACA: Kenali Dzulkifli SPRM dan orang-orangnya yang serbu pejabat hingga ke rumah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE