Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil mendesak orang ramai mencontohi usaha Tun Mahathir menyertai himpunan “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi” 14 Oktober. – Foto The Rakyat Post

KUALA LUMPUR 8 Oktober, 2017: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) menggesa semua rakyat Malaysia yang mahukan perubahan supaya datang ke perhimpunan pada 14 Oktober ini, acara kemuncak kempen agresif tiga bulan gabungan itu menentang kerajaan Perdana Menteri Najib Razak.

Pada ceramah “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi” yang terakhir di Pulau Pinang malam tadi, pemimpin PH berkata rakyat perlu menyampaikan mesej jelas bantahan mereka kepada kerajaan.

“Kehadiran anda akan membolehkan kami mengakhiri kleptokrasi. Kita perlu biar kerajaan persekutuan dengar rungutan rakyat,” kata Timbalan Presiden PH dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Perhimpunan yang akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya pada Sabtu ini ialah kemuncak kepada ceramah dan jelajah PH ke seluruh negara mengenai anti kleptokrasi, yang bermula sejak awal Julai lalu, bertujuan memberi penjelasan mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Kita perlu singkirkan GST (cukai barangan dan perkhidmatan), dan desak tindakan diambil terhadap 1MDB dan orang di belakang skandal itu.

“Jika kerajaan tidak dengar apa yang rakyat mahu, kita akan singkirkan Barisan Nasional (BN) bila pilihan raya umum tiba nanti,” katanya di hadapan khalayak di Guar Perahu, Permatang Pauh.

Dalam ucapannya Ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri juga terpaksa membayar GST ketika membina atau menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang membayar RM200 juta GST. Bayangkan apa kita boleh buat dengan wang itu. Banyak kali kita minta Putrajaya mengecualikan cukai kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, tetapi mereka tidak mahu dengar.

“Saya tidak pernah dengar sesiapa memuji GST, berkata ia bagus, kecuali pemimpin Umno. Kita sekarang bayar GST dari lahir sampai mati. Itulah kehebatan GST,” katanya.

Seorang lagi Timbalan Presiden PH Mohamad Sabu yang juga presiden Amanah berkata rakyat patut berkumpul di perhimpunan 14 Oktober untuk mengetahui lebih banyak lagi masalah yang sedang melanda negara, termasuk skandal 1MDB, rasuah dan kos sara hidup.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata kehadiran di himpunan kemuncak itu wajib untuk semua yang berusia 92 tahun ke bawah.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil juga mendesak orang ramai menyertai perhimpunan 14 Oktober.

“Kita patut malu dengan diri sendiri jika tidak datang kerana orang paling tua yang akan tiba pada perhimpunan itu berusia 92 tahun,” katanya merujuk kepada Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad.

Gabungan pembangkang menjangkakan 100,000 orang akan datang pada perhimpunan 14 Oktober itu. – Read more source TMI

Kenyataan Media Datuk Seri Wan Azizah Himpunan Sayangi Malaysia 14 Oktober 2017 | 8 Oktober, 2017

“Saya ingin bertanya apakah kita rasa kehidupan sekarang ini menekan. Dengan adanya GST, apakah minggu ini minyak akan naik, kita juga ada masalah skandal kewangan terbesar di dunia iaitu 1MDB.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah buat sesuatu, luahkan perasaan kita, buatkan suara kita didengar, kita mahu semua rakyat Malaysia, secara beramai-ramai datanglah ke himpunan 14 Oktober ini mulai jam 4 petang di dataran berdepan Amcorp Mall.

Sebarkan, ajak datang beramai-ramai sebagai suara rakyat Malaysia. Untuk masa depan yang lebih baik. Kalau tidak kita siapa lagi. Kalau tidak hari itu, bila lagi. Bersama-sama kita cuba dapatkan masa depan yang lebih baik, InsyaAllah.”

Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail @ Kak Wan

KLIK BACA: Kenali Dzulkifli SPRM dan orang-orangnya yang serbu pejabat hingga ke rumah

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku kenal individu tawar RM5 juta kepada Syed Saddiq

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

KLIK BACASiti Hasmah kenang jasa Tun Razak

KLIK BACA: Benarkah Najib masa depan penjawat awam gelap jika Pakatan Harapan perintah? – Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI



Tolong Komen & Share