Di sebalik ketegasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Dzulkifli Ahmad menjalankan tugas, beliau rupanya sensitif dengan ‘sindiran’ yang dikeluarkan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. – Foto WakeupMalaya, 30 September, 2017.

Ulasan editor The Malaysian Insight: PEMBENTERAS rasuah utama di Malaysia, Dzulkifli Ahmad, adalah seorang lelaki yang cepat menyesuaikan diri dengan tugasnya sejak dilantik memegang jawatan pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Julai 2016.

Beliau dan orang-orangnya telah menyerbu beberapa individu dan tempat dari pejabat hingga ke rumah dan mendedahkan beberapa skandal dan wang tunai disimpan beberapa elit negara. Dan mereka yang menyalahgunakan kuasa.

Bukan itu sahaja, lelaki daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) ini juga tegas mengenai kerja dan lantang kepada mereka yang mengkritiknya – tidak kira siapa sama ada daripada menteri hingga pemimpin pembangkang.

Beliau memberi amaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low minggu lalu mengenai saranan kepada Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara, mengatakan ia adalah satu pembaziran wang dan pertindihan kerja.

Beliau juga ambil hati mengenai apa yang dikatakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai penahanan ahli majlis eksekutif negeri Phee Boon Poh dan mengancam SPRM menyamannya terhadap kenyataan yang dibuat.

Nasib baik untuk Lim dan malang bagi Dzulkifli, undang-undang dengan jelas mengatakan SPRM tidak boleh menyaman atau disaman.

Terbaru, Dzulkifli kini melancarkan serangan terhadap Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kerana menggunakan ungkapan tiga ekor monyet, “monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak berbicara” – bagi merujuk kepada kegagalan suruhanjaya itu bertindak terhadap Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Secara jelas Dzulkifli berkata: “Rakyat boleh menilai adakah adab dan bicara pemimpin DAP itu budaya Malaysia.

“Kita masyarakat Malaysia orang beradab tetapi perkataan yang digunakannya itu melampau dan tidak bertamadun,” katanya kepada pemberita di Perak.

Lim mengkritik Dzulkifli dengan mengatakan semua tumpuan kini diberikan kepada ketua pesuruhjaya SPRM mengenai sama ada beliau akan memimpin SPRM dengan bersih.

Lim berkata Dzulkifli sepatutnya menyedari beliau bertindak seperti pepatah tiga ekor monyet berhubung skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi anti-rasuah “kleptokratik” pertama di dunia.

Inilah masalahnya, Tuan: Lim tidak memanggil anda monyet dan anda tidak sepatutnya terasa dengan kenyataan itu. Tugas anda bukannya pertandingan populariti dan kerajaan juga harus kritikal terhadap tugas anda.

Tugas anda adalah memastikan orang bersikap jujur dan tidak terbabit dengan rasuah. Ia memerlukan jenis orang yang tertentu untuk melakukan pekerjaan ini. Mereka perlu bebas rasuah dan bersikap muka tebal.

Jadinya, teruskanlah bekerja tanpa rasa takut, dan pastikan mereka yang rasuah di Malaysia duduk di tempat yang sepatutnya – di penjara.

Dan jika anda masih tidak faham peribahasa atau ungkapan lain, pergi belajar Bahasa Inggeris dan cari apa itu simpulan bahasa, perumpamaan, metafora, dan peribahasa. Tuan tentu tidak mahu jadi seperti bekas seorang menteri besar di Australia? – Read more The Malaysian Insight

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku kenal individu tawar RM5 juta kepada Syed Saddiq

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

KLIK BACA: Dzulkifli SPRM patut tahu Dr Mahathir sogok RM1 bilion, sindir Kit Siang

KLIK BACA: Siti Hasmah kenang jasa Tun Razak

KLIK BACABenarkah Najib masa depan penjawat awam gelap jika Pakatan Harapan perintah? – Tan Sri Zainuddin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE