Lim Kit Siang mempersoalkan bagaimana mungkin SPRM tidak tahu sogokan besar Mahathir kepadanya seperti didakwa Raja Petra. – Foto Malaysia Dateline

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad patut meletakkan jawatannya segera kerana tidak tahu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyogok Lim Kit Siang RM1 bilion.

Portal MalaysiaDateline melaporkan Kit Siang dalam satu kenyataannya berkata, jika benar beliau disogok, Dzulkifli orang pertama patut meletak jawatan kerana tidak cekap menjalankan tugasnya.

“Jika ada kebenaran dakwaan Mahathir menyogok saya RM1 bilion, dengan RM750,000 telah dibayar ke dalam akaun saya dan SPRM tak tahu apa-apa tentangnya.

“Oleh itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad patut meletakkan jawatan segera kerana tidak cekap,” kata Kit Siang.

Bagi beliau, bagaimana mungkin SPRM tidak tahu apa-apa tentang jumlah besar sogokan yang diberikan kepada beliau itu.

Blogger Raja Petra Kamarudin mendakwa, Kit Siang telah disogok RM1 bilion oleh Tun Mahathir bagi membolehkan empat perkara berlaku.

Ke empat-empatnya adalah Bersatu dibenarkan sertai Pakatan Harapan (PH), pastikan Mahathir menjadi pengerusi PH, pastikan Kit Siang tidak bercakap isu kerugian Bank Negara dalam isu tukaran asing dan pastinya anak Datuk Mukhriz Mahathir mendapat kerusi selamat untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Mahathir dalam kenyataannya sebelum ini mendakwa, orang yang membuat dakwaan ini adalah orang gila.

KLIK BACA: Kenali Dzulkifli SPRM dan orang-orangnya yang serbu pejabat hingga ke rumah

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku kenal individu tawar RM5 juta kepada Syed Saddiq

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

KLIK BACASiti Hasmah kenang jasa Tun Razak

KLIK BACA: Benarkah Najib masa depan penjawat awam gelap jika Pakatan Harapan perintah? – Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACABertambah pening bila Shahbudin ulas isu takut isteri atau suami

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE