Tan Sri Zainuddin [bekas menteri penerangan] mengulas amaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada penjawat awam bahawa masa depan mereka mungkin buruk jika pembangkang memerintah.  – Foto The Malaysian Times

PUTRAJAYA 7 Okt, 2017 – Rakyat terutamanya penjawat awam tidak perlu menunggu pembangkang mengambil alih kerajaan untuk melalui masa depan yang gelap, kata bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

“Sekarang pun rakyat (penjawat awam) dah merasa kegelapan, jadi tak payah tunggu pembangkanglah.

“Rakyat berasa kegelapan dan tidak hanya pegawai kerajaan tetapi juga peneroka Felda. Rakyat di kampung, penjaja kecil dan peniaga ada yang menutup kedai kerana tidak dapat menjalankan perniagaan,” kata Zainuddin kepada Malaysiakini.

Bercakap di Putrajaya baru-baru ini, Najib berkata pembangkang sekiranya berkuasa akan mengurangkan separuh daripada jumlah kakitangan awam.

Mengulas lanjut, Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu berkata rakyat kini bimbang dengan keadaan akonomi dan masa hadapan mereka, termasuk kakitangan kerajaan sendiri.

Kebimbangan itu bertambah lagi dengan berita pengangguran lebih 5,000 graduan dan kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan, katanya.

“Jadi bagaimana kita nak mengatakan, nak yakinkan masa depan penjawat awam cerah sedangkan yang ada sekarang pun dah gelap,” kata Zainuddin.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata masa depan penjawat awam ditentukan oleh mana-mana kerajaan yang dipilih rakyat.

Menyifatkan pendapat itu merupakan pandangan peribadi perdana menteri, Azih turut berharap kerajaan akan membela nasib pekerja termasuk penjawat awam yang disifatkannya kini dalam “keadaan tersepit”.

Katanya, dengan gaji yang rendah, kira-kira 90 peratus kakitangan awam terpaksa membuat pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi daripada bank.

“Jadi, bila mana-mana kerajaan yang dapat membantu nasib penjawat awam, kita sangat berbangga dengan kerajaan itulah,” tegas Azih lapor Malaysiakini.

Firman Allah: Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan. – (Yunus 10:14)

Nota Ana Ghoib: Teringat dahulu Dr Mahathir jika beliau mengumumkan bonus penjawat awam sahaja maka harga barang akan dinaikkan peniaga kebanyakannya cuma minimum 10-20 sen sahaja.

TETAPI pengalaman peribadi penulis sendiri di zaman Najib harga barang dinaikkan hampir setiap dua minggu atau bulanan. Hari ini pergi beli harga lain – esok pergi beli harga lain.

Najib sebelum ini lepas tangan dan berkata menyalahkan peniaga menaikkan harga barang tetapi dia sendiri tahu ini adalah kesan dari cukai GST namun masih pura-pura bermain silap mata di depan pendengar ceramah atau ucapannya.

PELIK kenapa Najib begitu menyombong enggan menurunkan kadar 6% GST untuk memujuk rakyat dan peniaga menerima kesan cukai minimum dan mengawal sedikit kenaikan harga; apakah kerana Najib hanya menunjukkan lagak kuasanya sebagai PM?

MAKA itu rakyat ramai percaya jika Najib berkuasa selepas PRU14 tiada jaminan GST tidak dinaikkan apatah lagi tarif letrik tambahan loji janakuasa EDRA sudah dijual kepada China.

APAKAH orang melayu boleh berharap pemimpin bijak pandai UMNO akan berjaya merundingkan tarif letrik dengan China kelak bila ia beroperasi tanpa sebarang tekanan? – Melutut kirim salam…

OLEH kerana di dalam Umno sudah seperti air TEPU TOHOR tiada lagi nampaknya manusia yang lebih bijak licik dari Najib maka eloklah dimenangkan Pakatan Harapan biar diuji pula bakat kepimpinan mereka mengurus negara terutama dalam hal kewangannya.

Firman Allah: Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. – (Al-Kahfi 18:7)

Susunan: Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Kenali Dzulkifli SPRM dan orang-orangnya yang serbu pejabat hingga ke rumah

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku kenal individu tawar RM5 juta kepada Syed Saddiq

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

KLIK BACASiti Hasmah kenang jasa Tun Razak

KLIK BACA1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACABertambah pening bila Shahbudin ulas isu takut isteri atau suami

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE