PEKAN 6 Okt, 2017 – Kerajaan Pahang menyiasat penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada seorang pelakon yang disiasat berhubung kes penipuan penjualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Setiausaha kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, tindakan awal telah diambil dengan menyemak sekiranya nama pelakon itu pernah disenaraikan sebagai seorang daripada penerima penganugerahan darjah atau pingat kebesaran daripada istana Pahang.

“Semua dalam siasatan. Tindakan boleh diambil jika (pelakon itu) menggunakan gelaran Datuk tanpa pertauliahan. Jika benar gelaran tersebut diberikan, setiap penerima perlu menjaga etika dan kemuliaannya agar institusi istana terpelihara,” katanya.

Muhammad Safian berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Perbarisan Perasmian Latihan Kem Tahunan 2017 Rejimen 505 Askar Wataniah, Sungai Miang di Pekan, hari ini, yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan membawa perkara itu kepada pengetahuan Sultan Pahang untuk tindakan selanjutnya seperti penarikan semula gelaran tersebut.

​Sehubungan itu, Muhammad Safian menasihatkan semua penerima darjah atau pingat kebesaran dari istana Pahang untuk menjaga etika dan berkelakuan sopan bagi menjaga kemuliaan pemberian gelaran itu dan institusi kesultanan.  – Bernama

KLIK BACADr Mahathir ulas kepercayaan Melayu Umno kalah DAP perintah Malaysia

KLIK BACAUmno tidak dipimpin ‘penyangak’ semasa tuntut kemerdekaan, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Adakah setia PAS kepada pemimpin mengatasi setia kepada Allah, Rasul dan Al-Quran? – Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib bukan penjawat awam, berjaya ketepi saman Tun Mahathir kes 1MDB

KLIK BACA1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACABertambah pening bila Shahbudin ulas isu takut isteri atau suami

KLIK BACA: Saya tidak pernah guna sekolah untuk puji pemimpin itu cara diktator, kata Tun Mahathir



Tolong Komen & Share