Ulasan oleh penganalisis politik Shahbudin Husin mengenai dakwaan beberapa pihak kononnya isu takut isteri dan suami. – Foto FMT

oleh Shahbudin Husin

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menyebut, Najib Razak tidak takut kepadanya.

“Najib tidak takut pada saya. Apa yang saya ajukan kepada beliau, praktikal dan pilihan.

“Jadi, kalau kita kata apa-apa, bukan suami takut pada kita tapi kita buat untuk rakyat hidup dengan lebih baik,” kata Penaung Permata itu.

Tidak pasti apakah tujuan Rosmah menyebut tentang Najib takutkan beliau itu kerana ketika ini tidak ada sesiapa pun lagi sekerap dulu memperkatakan isu tersebut.

Bagi rakyat Malaysia, ia adalah isu lama yang hanya diperkatakan ketika Najib mula-mula menjadi Perdana Menteri dahulu.

Apakah Rosmah sengaja menyebut isu itu dengan tujuan menarik perhatian agar dirinya sentiasa diperbualkan dan beliau memang suka dirinya selalu diperkatakan?

Atau adakah Rosmah sengaja membangkitkan soal Najib tidak takut kepadanya itu kerana Belanjawan 2018 akan dibentangkan Najib tidak lama lagi dengan harapan Menteri Kewangan sentiasa ingat mengenai peruntukan Permata yang dimintanya?

Hmmmm….kadang-kadang politik orang dapur agak tinggi juga, walaupun selalu mengaku dirinya sebagai suri rumah saja.

Benarkah Najib tak takut dengan Rosmah?

Mungkin betul Najib tak takut kepada Rosmah, tetapi adakah Rosmah takut kepada Najib?

Kalau Najib tak takut kepada Rosmah diberitahu secara terbuka, tapi bagaimana jika diam-diam Rosmah pun tak takut kepada Najib?

Sayangnya, sementara Rosmah mengatakan Najib tak takut kepadanya, tidak pula Rosmah menyatakan beliau takut kepada Najib.

Mungkin juga betul Najib tak takut kepada Rosmah, tetapi adakah Rosmah menakutkan Najib?

Najib, seperti yang selalu diketahui umum, wataknya selalu senyum dan hanya kadang-kadang kelihatan murung.

Muka marah atau menakutkan hampir tidak pernah tergambar pada wajahnya.

Beliau dikatakan selalu menyimpan marahnya, hanya muka dan telinganya yang kemerah-merahan saja akan terpamer ketika marah.

Oleh itu, pernahkah Najib tampil dengan wajah yang menakutkan Rosmah?

Atau Rosmah lebih kerap menunjukkan muka marah dan menakutkan kepada Najib?

Mungkin ada betulnya Najib tak takut kepada Rosmah, tetapi adakah Rosmah selalu memberi ketakutan kepada Najib?

Di antara Najib dan Rosmah, siapakah yang selalu memberi ketakutkan antara satu sama lain?

Najib memberi ketakutan ketakutan kepada Rosmah atau Rosmah memberi ketakutan kepada Najib?

Akhir sekali, mungkin betul Najib tak takut kepada Rosmah, tetapi adakah beliau selalu lebih berani terhadap Rosmah atau kerapkali kalah dan mengalah kepada isterinya itu?

Bila agaknya kita akan mendengar ungkapan lebih kurang begini daripada Najib – “Saya adalah keturunan Bugis, Tun Mahathir Mohamad pun saya takut, Rosmah lagilah saya tak pernah takut?” – ShahbudinHusin

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik terkenal. Artikel adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview.

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya

Berikut hadis nasihat peringatan dan amaran yang disertakan Ibnu Katsir dalam tafsir surah Muhammad ayat 7 hingga 9 di mana Rasulullah SAW bersabda: –

*Barang siapa yang menyampaikan kepada sultan (penguasa) keperluan orang yang tidak mampu menyampaikannya, maka Allah akan meneguhkan kedua telapak kakinya di atas sirat kelak pada hari kiamat. [Ulasan penyusun: Tidakkah insan suka Allah menetapkan kaki mereka kerana menyuarakan kebenaran, keadilan dari isu Scorpene, 1MDB, GST, Royalti Minyak, Subsidi, RUU355?]

*Celakalah pengabdi dinar, celakalah pengabdi dirham, celakalah pengabdi kebendaan, sungguh celaka dan binasalah dia; dan apabila diberi sakit, semoga Allah tidak menyembuhkannya. [Ulasan penyusun: Tidakkah manusia gerun akan celaan Nabi Muhammad ini beserta doa baginda kepada manusia yang bertuhankan nafsu materialistik?]

Risalah lanjut dari firman Allah:  Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. – (Al-Maaidah 5:74)

Firman Allah: Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. – (A-li ‘Imraan 28)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh… ketika kau lihat Ulama melutut dipintu penguasa, eloklah engkau jadi orang tak dikenal – Makul

KLIK BACA: Saya tidak pernah guna sekolah untuk puji pemimpin itu cara diktator, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Adakah setia PAS kepada pemimpin mengatasi setia kepada Allah, Rasul dan Al-Quran? – Tun Mahathir

KLIK BACA: Zaid beritahu pemimpin PAS rakyat meluat orang pura-pura warak tetapi kebendaan

KLIK BACA: Sastera Nik Abduh mempersona tetapi nil kebenaran, sifar keadilan

KLIK BACA: Tunku Abdul Rahman sahaja tak mahu anaknya jadi Perdana Menteri – Zam

KLIK BACA: Orang melayu jangan bunuh “angsa bertelur emas” Umno – Mat Taib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE