PUTRAJAYA 5 Oktober, 2017 – Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan diktator sahaja akan menggunakan sekolah sebagai alat demi kepentingan parti, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya biasa pergi ke negara yang mana semua orang mesti sokong pemimpin tertinggi. Ada negara yang guna sistem diktator. Dia dukung pemimpin walaupun pemimpin itu penyangak, penyamun, atau pencuri pun dia dukung.

“Bila nak kekalkan sokongan terhadap pemimpin penyangak ini, maka dia suruh semua orang pujilah pemimpin. Nyanyi lagu pemimpin dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Bersatu hari ini lapor Sinar Harian.

Katanya, amalan yang dipraktikkan di negara luar itu, kini telah terjangkit di negara ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebab itulah mereka buat. Dari kecil lagi ajar orang tipu diri. Inilah cara kerajaan diktator,” katanya.

Menurut Mahathir sepanjang tempoh 22 memerintah negara, beliau tidak pernah menggunakan sekolah rendah mahupun menengah supaya menyokong pemimpin negara.

“Dalam kerajan tidak boleh memihak mana-mana parti politik termasuk parti politik yang menjadi kerajaan. Kita tidak boleh menggunakan alatan kerajaan untuk kepentingan parti. Ini salah.

“Tetapi kerajaan sekarang ini yang tidak ada peraturan dan undang-undang, dia buat apa sahaja. Saya yakin rakyat tahu bahawa ini adalah salah guna kuasa oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan mengenai ratusan murid-murid dan guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) mengambil bahagian dalam pertandingan bertemakan “Umno dan Kemerdekaan #Negaraku”.

Dalam acara itu bendera Umno dipasang di seluruh sekolah. Para murid juga mengibarkan bendera Umno dan menyanyikan lagu parti malah beliau dilaporkan KiniTV seorang pemimpin terkenal menyeru guru menyertai parti Umno.

“Mereka sudah bankrap. Mereka tidak tahu apa nak buat. Mereka takut, jadi mereka buat semua benda yang salah. Ini amalan yang dilakukan diktator,” katanya.

Tambah Mahathir, tindakan kerajaan itu hanya akan membantu parti pembangkang menang pilihan raya.

Ditanya, susulan tindakan itu adakah beliau akan bertanding di Putrajaya.

“Ya, saya mungkin bertanding Putrajaya. Saya yakin dengan ini mereka telah menolong kita mendapat lebih banyak undi kepada parti lawan,” katanya. – MDN

KLIK BACABertambah pening bila Shahbudin ulas isu takut isteri atau suami

KLIK BACA: Adakah setia PAS kepada pemimpin mengatasi setia kepada Allah, Rasul dan Al-Quran? – Tun Mahathir

KLIK BACA: Zaid beritahu pemimpin PAS rakyat meluat orang pura-pura warak tetapi kebendaan

KLIK BACA: Sastera Nik Abduh mempersona tetapi nil kebenaran, sifar keadilan

KLIK BACA: Tunku Abdul Rahman sahaja tak mahu anaknya jadi Perdana Menteri – Zam

KLIK BACA: Orang melayu jangan bunuh “angsa bertelur emas” Umno – Mat Taib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE