KUALA LUMPUR 4 Oktober, 2017 [Reuters] – Kapten pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi bersama 239 orang dalam pesawat itu, telah terbang mengikut laluan yang ditemui pada simulator penerbangan di rumahnya enam minggu sebelumnya, yang “pada mulanya sama” dengan laluan sebenar pesawat itu, kata pihak berkuasa Australia pada hari Selasa.

Butiran tersebut terkandung dalam laporan akhir 440 halaman oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengenai pencarian penerbangan MH370.

Kehilangan Boeing 777 pada 8 Mac 2014, dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur, telah menjadi salah satu misteri penerbangan terbesar di dunia.

Laporan itu menyimpulkan bahawa sebab-sebab kehilangan pesawat itu tidak dapat ditentukan dengan pasti sehinggalah pesawat itu ditemui.

Ia hampir tidak dapat difahami dan pastinya tidak boleh diterima dalam era penerbangan moden… bagi sebuah pesawat komersial yang besar hilang dan dunia tidak tahu dengan pasti apa yang terjadi kepadanya dan mereka yang berada di dalamnya,” kata ATSB.

Pesawat itu disangka telah dialihkan laluan penerbangan beribu-ribu batu dari arah selatan Lautan Hindi sebelum terhempas di pantai Australia Barat.

Australia, yang mengetuai pencarian di dasar laut, dan Malaysia serta dan China telah menghentikan pencarian yang menelan belanja A200 juta (AS$160 juta) itu untuk mengesan pesawat tersebut pada bulan Januari, walaupun dibantah oleh keluarga mangsa.

Enam minggu sebelum kehilangan pesawat itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah menggunakan simulator di rumahnya untuk menerbangkan laluan yang pada mulanya sama dengan sebahagian daripada laluan yang dilalui MH370 ke Selat Melaka, dengan membelok ke kiri dan menuju ke selatan Lautan Hindi, kata ATSB dalam laporannya.

Berdasarkan titik data terakhir, pesawat itu telah terbang kira-kira 4,200 batu nautika,” kata laporan itu.

“Ini lebih jauh daripada yang mungkin dengan bahan api pada pesawat penerbangan MH370,” tambahnya. – Reuters

KLIK BACA: Adakah setia PAS kepada pemimpin mengatasi setia kepada Allah, Rasul dan Al-Quran? – Tun Mahathir



Tolong Komen & Share