PERJUANGAN SEBENAR PAS

oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

1. PAS kata mengundi Pakatan Harapan ialah mengundi untuk DAP. Saya tidak hendak komen terhadap pendapat dangkal ini. Kalau sehingga kini masih percaya kepada cerita dongeng ini, tak mungkin PAS boleh celik mata dan lihat keadaan sebenar. PAS tidak pernah menang di peringkat pusat. Ia hanya parti pengacau yang memecahbelah dan melemahkan orang Islam.

2. Rekod PAS tidak menunjuk apa-apa sumbangan PAS kepada orang Melayu dan agama Islam. Tidak ada sesiapa yang boleh nafikan bahawa sebelum ada PAS orang Melayu yang semuanya beragama Islam dari Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berimam dengan Imam Shafie tidak berpecah dan berpuak-puak kerana tidak ada kelainan fahaman Islam antara mereka.

3. Hanya apabila PAS ditubuh maka orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama sendiri. Ini adalah kerana dakwaan PAS kononnya orang UMNO kafir.

Demikian kesan daripada dakwaan ini sehingga bukan sahaja orang Melayu berpecah dua tetapi ramai orang PAS begitu percaya kepada dakwaan PAS sehingga ada yang mengkafirkan ibu bapa mereka dan mendakwa perkahwinan mereka tidak sah.

4. Mereka seolah-olah tidak sedar bahawa dakwaan ini menjadikan mereka sendiri anak di luar nikah. Saya tidak nak sebut apakah nama yang kita beri kepada orang yang dilahir di luar nikah.

5. Kononnya untuk menghalalkan perkahwinan, orang yang kahwin sebelum adanya PAS, perlu kahwin sekali lagi. Dan ini memang berlaku.

6. Kerana dakwaan orang yang bukan ahli PAS adalah kafir maka berlakulah sembahyang dua imam, pengkebumian orang PAS dikubur berasingan dari orang bukan PAS dan mendiri masjid berasingan.

7. Makanan sembelihan orang bukan PAS didakwa haram dan tidak boleh dimakan oleh orang PAS.

8. Kemudian datang Hj Hadi yang mengeluar amanat menghalalkan pembunuhan anggota pemerintah, kerana pemerintah Malaysia adalah kafir. Lebih dari itu dia juga dakwa melawan Kerajaan adalah jihad dan mati mereka adalah syahid.

9. Dan berlakulah peristiwa Memali yang mana pengikut Ibrahim Libya membunuh empat orang anggota polis dan mencedera yang lain. Selepas dari peristiwa ini PAS bekerjasama dengan DAP walaupun PAS mendakwa bekerjasama dengan orang kafir menjadi orang Islam kafir.

10. Kononnya kerjasama ini tidak semacam kerjasama UMNO dengan orang kafir dalam MCA dan MIC. Kononnya PAS mengadakan “Tahaluf Siyasi”. Perkataan Arab ini bermakna “Kerjasama Politik”.

Tidak ada kelainan antara “Tahaluf Siyasi” PAS dengan kerjasama politik antara Melayu UMNO dengan Cina dan India, MCA dan MIC. Tak usahlah cuba jelas Tahaluf Siyasi PAS dengan DAP adalah bersyarat. Kerjasama Melayu UMNO dengan MCA dan MIC juga bersyarat.

11. Dakwaan bahawa orang bukan PAS tidak Islam masih dipercayai. Di Terengganu sembahyang dua imam dan sembahyang di masjid berasingan masih berlaku.

12. Perpecahan politik telah dijadikan perpecahan agama antara orang Melayu Islam Malaysia. Sebahagian besar orang Islam di Malaysia masih dianggap sebagai kafir oleh fanatik PAS.

13. Untuk mengekalkan perpecahan orang Islam di Malaysia PAS memaksa ramai ahlinya berbaiah kepada pemimpin dan parti. Perbuatan ini bertentangan dengan ajaran agama. Islam menuntut supaya semua orang Islam bersaudara.

Apabila melafaz baiah kepada sesiapa maka kesetiaan kepada pemimpin (ulama) atau parti mengatasi kesetiaan kepada Allah, Rasul dan Al-Quran. Kerana kesetiaan ini tindakan yang tidak diizinkan oleh Islam dilakukan. Dan memang pun PAS berbuat demikian.

14. Dalam PRU 14 ini sepatutnya diadakan pertandingan satu lawan satu di semua kawasan. Besar kemungkinan ini akan berlaku dalam kawasan bandar di mana PAS tidak akan bertanding. Besar kemungkinan bahawa di sini pertandingan adalah antara DAP dan BN. Kemenangan DAP sebenarnya disokong oleh PAS yang tidak bertanding dalam kawasan bandar.

15. Tetapi di kawasan luar bandar di mana ramai penduduk adalah orang Islam, akan berlaku pertandingan tiga penjuru. Pakatan Harapan (P.H.) akan lawan BN dan PAS.

16. PAS akan mengumpan sebahagian dari pengundi anti-Kerajaan BN sehingga akan kuranglah undi kepada PH. Bahawa PAS juga akan kalah tidak mengapa. Kerana hasrat PAS ialah supaya Najib dapat kemenangan. Kenapakah PAS berbuat demikian? Apakah dedak memainkan peranan? Wallahu Wa’alam.

17. Inilah peranan dan hasrat PAS setelah ia ditubuh. PAS tidak mungkin menang untuk mendirikan Kerajaan di peringkat pusat walaupun ia bertanding seratus kali.

18. Sebaliknya PAS tetap mengurangkan jumlah orang Islam dalam parti pemerintah.

19. Kali ini, PAS secara langsung akan pecah barisan pengundi yang menentang Najib supaya Najib akan menang.

20. Kemenangan PAS di Kelantan hanya membawa nasib buruk kepada negeri itu. Ia juga mencemarkan imej Islam di Malaysia.

21. Sama ada dirancang atau tidak disedari atau tidak inilah hasil daripada pemulihan PAS.

22. Saya sedar kebenaran ini akan menyebabkan pelampau PAS marah amat sangat. Tetapi kebenaran masih kebenaran walaupun memedih telinga mendengar.

*Tun Dr Mahathir adalah bekas Perdana Menteri Malaysia. Artikel adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview.

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Sebenarnya!, bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat. – (Al-Muddaththir 74:53)

Firman Allah: Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan). – (Al-Hajj 22:45)

Kepada Ana Ghoib adalah bahaya pemimpin berkuasa kaya dikelilingi pengampu kerana pengampu dapat banyak rakyat yang selayaknya tidak dapat apa selain sisa-sisa.

Berikut hadis nasihat peringatan dan amaran yang disertakan Ibnu Katsir dalam tafsir surah Muhammad ayat 7 hingga 9 di mana Rasulullah SAW bersabda: –

*Barang siapa yang menyampaikan kepada sultan (penguasa) keperluan orang yang tidak mampu menyampaikannya, maka Allah akan meneguhkan kedua telapak kakinya di atas sirat kelak pada hari kiamat. [Ulasan penyusun: Tidakkah insan PAS suka Allah menetapkan kaki mereka kerana menyuarakan kebenaran, keadilan dari isu Scorpene, 1MDB, GST, Royalti Minyak, Subsidi, RUU355?]

*Celakalah pengabdi dinar, celakalah pengabdi dirham, celakalah pengabdi kebendaan, sungguh celaka dan binasalah dia; dan apabila diberi sakit, semoga Allah tidak menyembuhkannya. [Ulasan penyusun: Tidakkah manusia PAS gerun akan celaan Nabi Muhammad ini beserta doa baginda kepada manusia yang bertuhankan nafsu materialistik?]

Risalah lanjut dari firman Allah:  Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. – (Al-Maaidah 5:74)

Firman Allah: Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. – (A-li ‘Imraan 28)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…ketika kau lihat Ulama melutut dipintu penguasa, eloklah engkau jadi orang tak dikenal – Makul

KLIK BACA: Zaid beritahu pemimpin PAS rakyat meluat orang pura-pura warak tetapi kebendaan

KLIK BACA: Sastera Nik Abduh mempersona tetapi nil kebenaran, sifar keadilan

KLIK BACA: Tunku Abdul Rahman sahaja tak mahu anaknya jadi Perdana Menteri – Zam

KLIK BACA: Setelah masuk Umno, Mat Taib kritik Azmin tak jaga Melayu, BERSATU kuat nafsu

KLIK BACA: Orang melayu jangan bunuh “angsa bertelur emas” Umno – Mat Taib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE