Terjemahan Al-Quran Abdullah Yusuf Ali dalam Inggeris adalah antara yang paling popular di dunia Islam. – Foto FMT

Kuala Lumpur, 4 Okt 2017 – 10 terjemahan Al-Quran, termasuk 4 penerbitan berasaskan terjemahan oleh penterjemah terkemuka kelahiran India, Abdullah Yusuf Ali, diharamkan Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Menurut warta diterbitkan Jabatan Peguam Negara bertarikh 28 September 2017 dan ditandatangani Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut laporan FMT, pengharaman itu kerana 10 terjemahan itu “mungkin menggemparkan fikiran orang ramai dan mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang”.

Terjemahan Abdullah Yusuf Ali di bawah tajuk “Al-Quran Translation” terbitan Knowledge Inbound Sdn Bhd, “The Quran Modern English Translation” oleh SAM Synergy Media, dan “Translation of the Quran” oleh Multiracial Reverted Muslims adalah antara yang diharamkan.

Nota Ana Ghoib: Jika boleh KDN dan Jabatan Peguam Negara menjelaskan pada ayat mana yang dikatakan terjemahan Al Quran oleh Abdullah Yusuf Ali yang telah dibaca sekian lama oleh masyarakat muslim di dunia wajar diharamkan?

Mungkin juga terjemahan itu dalam dalam bab tertentu mengundang salah faham pelampau Islam – ISIS-ISIL?

Mungkin juga kerana ayat terjemahan dan keterangan itu yang biasanya bersandarkan hadis tidak menurut kehendak hawa nafsu sendiri?

Wikiepedia: Hafiz Abdullah Yusuf Ali (14 April 1872 – 10 December 1953) dalam keluarga masyarakat Bohra di Bombay (kini Mumbai), India. Ayahnya, Dawoodi Bohra, merupakan seorang yang kuat beragama dan bekerja sebagai saudagar. Abdullah Yusuf Ali sudahpun menghafal Al-Quran ketika mudanya.

Beliau kembali ke rahmatullah pada 1948 M, 1367 H di London.

Abdullah Yusuf Ali telah menerima pendidikan bahasa Arab dan bidang pengajian Al-Quran. Beliau juga merupakan kalangan penuntut yang terbaik dalam sastera bahasa Inggeris, hal ini kerana minat dan kemahirannya terhadap bahasa Inggeris. Banyak karya-karyanya diselitkan dalam majalah-majalah ilmiah.

Beliau telah berjaya memegang jawatan yang paling tinggi dalam Perkhidmatan Awam India ketika itu, apabila dia telah berjaya dalam peperiksaan yang penuh dengan persaingan.

Beliau pernah belajar di beberapa universiti di Eropah termasuk University of Leeds. Sarjana Muhammad Iqbal membimbingnya menjadi pemimpin di Kolej Islamia di Lahore, Pakistan.

Dalam tahun 1934, beliau telah berjaya menterjemah kitab suci Al Quran ke dalam bahasa Inggeris. Beliau menegaskan bahawa, adalah menjadi kewajipan seseorang muslim untuk memahami dan mengajar ayat Al Quran mengikut kemampuan masing-masing.

Walau bagaimanapun, terjemahan ini hanya sekadar terjemahan untuk memberi sedikit sebanyak pemahaman tentang ayat suci Al Quran dan bukan bermakna untuk mengganti ayat suci Al Quran.

Terjemahan ini diterbitkan pada 1938 oleh Sh. Muhammad Ashraf Publishers Lahore di India (kemudian Pakistan). Terjemahan ke bahasa Inggeris dimulai oleh Marmaduke Pickthall. Pickthall seorang Islam (asalnya Kristian) pernah menterjemah al Quran dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris pada 1930 dan banyak digunakan di Eropah.

Al Quran terjemahan Abdullah Yusuf Ali diterjemah pula ke bahasa Melayu oleh Muhammad Uthman El Muhammady.

Pada Disember 1938 beliau membantu membina masjid Al-Rashid , masjid pertama di utara Amerika iaitu di Edmonton, Alberta, Kanada.

Beliau meninggal dunia di perkuburan Muslim di Brookwood, Surrey, berhampiran Woking tidak jauh dari perkuburan Marmaduke Pickthall.

KLIK BACA: Zaid beritahu pemimpin PAS rakyat meluat orang pura-pura warak tetapi kebendaan

KLIK BACA: Sastera Nik Abduh mempersona tetapi nil kebenaran, sifar keadilan

KLIK BACA: Tunku Abdul Rahman sahaja tak mahu anaknya jadi Perdana Menteri – Zam

KLIK BACA: Setelah masuk Umno, Mat Taib kritik Azmin tak jaga Melayu, BERSATU kuat nafsu

KLIK BACA: Orang melayu jangan bunuh “angsa bertelur emas” Umno – Mat Taib

KLIK BACA: Kerajaan Najib perlu mengaku dan berhenti menyalahkan, memperli rakyat. – Liew Chin Tong



Tolong Komen & Share